rio.rings

Debaran menjelang temasya Sukan Olimpik Rio semakin hampir dan dirancakkan dengan pelbagai aktiviti menarik.

150 pendaki berkumpul di Jambatan Sumare di Sao Paolo dan bergabung untuk membentuk formasi cincin Olympik.

Jambatan ini berketinggian 30 meter, merupakan jambatan yang popular di Sao Paolo kerana menjadi hab untuk penggemar sukan ekstrem.

Mereka berkumpul sejak jam 5 pagi waktu tempatan untuk mendengar taklimat dan tugas masing masing dan diagihkan mengikut warna seperti yang ada di cincin Olimpik.

Formasi tersebut berjaya dilakukan dalam tempoh 40 minit dan kesemua peserta mendapat tepukan gemuruh daripada pengguna jambatan yang melalui kawasan tersebut.
 
Perancang utama cabaran ini, Alan Ferreira berkata, usaha yang dilakukan ini sebagai salah satu penyuntik semangat ketika menanti temasya terbesar dunia itu bermula.
 
Selain itu, ia sebagai bukti kesatuan penduduk di Brazil yang tidak mengira pangkat, umur dan warna kulit dalam memastikan Sukan Olimpik berlangsung dengan baik.
 
Malah, mereka turut berharap, ia akan diiktiraf oleh Guinness World Book Of Record sebagai formasi cincin Olimpik terbesar dilakukan.
- Advertisement -