Gandingan bergu campuran negara, Chan Peng Soon, Goh Liu Ying meraih gelaran pertama mereka tahun ini selepas memenangi Masters Thailand hari ini.

Kedua dua pemain yang digandingkan semula tahun ini selepas Goh Liu Ying berehat panjang akibat kecederaan bahu tampak bergelut dan dipaksa bermian tiga set sebekum melakar kemenangan.

Berdepan wakil tuan rumah, Dechapol Puavaranukroh/ Puttita Supajirakul, Peng Soon dan Liu Ying tidak berdepan masalah untuk menang 21-15 di set pertama.

Namun pilihan ketujuh ini gagal untuk menyaingi rentak permainan Dechapol dan Puttita apabila ketinggalan sepanjang set kedua sebelum tewas 14-21.

Aksi di set penentuan, Chan Peng Soon / Goh Liu Ying kembali fokus dan mengawal permainan meskipun sekali sekala diberi tentangan hebat pada satu ketika.

Keserasian semakin dirasai diantara Peng Soon dan Liu Ying yang menduduki ranking ke 58 dunia apabila terus mendahului sekaligus menang 21-16 untuk muncul juara.

Dalam pada itu nasib tidak menyebelahi perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao apabila gagal mengikuti jejak Peng Soon, Liu Ying.

Jun Hao tewas straight set 16-21, 15-21 di tangan pemain veteran Indonesia, Tommy Sugiarto.

 

 

- Advertisement -