australian.open

Oleh Ku Mohd Lufti

Hanya beregu campuran negara sahaja yang masih gah bertahan di Kejohanan Badminton Terbuka Australia.

Chan Peng Soon-Goh Liu Ying mara ke peringkat separuh akhir selepas melakar kemenangan straight set ke atas gandingan China, Liu Yuchen, Tang Jinhua 21-15, 21-15.

Peng Soon, Liu Ying akan turun berdepan satu lagi pasangan China yang diletak selaku pilihan kelapan Liu Kang, Huang Yaqiong yang terdahulu menundukkan pilihan keempat, juga merupakan rakan senegaranya, Lui Cheng, Bao Yixin 21-9, 21-16.

Nasib tidak menyebelahi beregu lelaki negara, Koo Kien Keat, Tan Boon Heong apabila tewas kepada pasangan Indonesia, Berry Angriawan, Rian Agung Saputro 18-21, 18-21.

- Advertisement -