Barisan pelumba muda sudah bersedia untuk menggegar Litar Johor menjelang pusingan terakhir Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2015 yang akan kembali ke litar bersejarah berusia 29 tahun yang terletak di Pasir Gudang, Johor pada 20 dan 21 November ini.
Dengan barisan pelumba senior yang mempunyai pengalaman beraksi ketika perlumbaan terakhir Kejuaraan Cub Prix berlangsung di litar tersebut pada tahun 2006, saingan kali ini lebih menarik dengan kehadiran pelumba generasi kedua yang akan turut bersaing, antaranya ialah pencabar utama CP130, Hafiz Nor Azman.
Anak kepada bekas pelumba handalan pada satu ketika dahulu, Nor Azman Mad Darus kini dalam usaha untuk menempatkan diri di kelompok lima pelumba terbaik keseluruhan pada musim pertamanya dalam kelas CP130 yang turut menyaksikannya telah meraih satu podium di Serdang, Selangor.
âSaya gagal untuk memperbaiki kedudukan pada pusingan lepas kerana melakukan kesalahan yang sering dilakukan oleh pelumba rookie. Ketika bersaing dengan Mohd Fitri Ashraf Razali di kedudukan pertama dan kedua, saya merancang strategi untuk memintas Fitri di selekoh keenam sebelum ke garisan penamat. Untuk melakukannya, saya perlu mendapatkan momentum kelajuan tinggi dari selekoh keempat lagi malangnya, saya tidak sedar yang keadaan jalan sudah berbatu dan tayar juga sudah kurang cengkaman lalu menyebabkan saya terjatuh.
âMujurlah saya masih mampu untuk kembali meneruskan perlumbaan dan tamat di tempat keempat manakala terus kekal di tangga ketujuh keseluruhan. Ia menjadi satu pengajaran berguna kepada saya pada masa akan dating. Saya perlu bijak menilai diantara kemenangan ataupun untuk mengutip mata berharga,â jelas Hafiz.
Bagi mencapai sasaran untuk berada sekurang-kurangnya di tangga kelima keseluruhan, Hafizh perlu menamatkan perlumbaan di hadapan Ahmad Fazli Sham dan Mohd Adib Rosley pada perlumbaan akhir CP130 Sabtu ini.
âKedua-duanya merupakan pelumba yang bagus dan bukan mudah untuk mengatasi mereka terutamanya Ahmad Fazli yang sangat berpengalaman dan pernah memenangi perlumban di litar ini. Namun saya mempunyai âsenjata rahsiaâ saya sendiri. Ayah saya (Nor Azman) juga merupakan antara pelumba handal Cub Prix pada satu ketika dahulu dan dia sendiri juga pernah menaiki podium di litar ini pada zamannya. Selain maklumat dan pengetahuan terhadap litar, dia merupakan tempat rujukan pertama saya selepas penganjur mengumumkan pusingan terakhir akan berlangsung di Litar Johor ini,â jelas Hafiz.
Menurut Hafiz lagi, âMalah, boleh saya katakan selain pelumba senior CP130 yang pernah beraksi di sini, saya juga memiliki faktor unik di mana merupakan satu-satunya pelumba generasi kedua yang berada di litar mewarisi generasi ayah saya. Dengan bantuannya, saya berharap dapat meraih keputusan baik pada minggu ini.
âMeletakkan sasaran untuk naik ke kedudukan kelima dari tangga ketujuh ketika ini mungkin bukan sasaran besar bagi kebanyakan pelumba, namun bagi pelumba rookie seperti saya, ia amat penting kerana sekurang-kurangnya dapat menjadi pengukur bagi pencapaian musim pertama dalam kelas perdana ini. Prestai yang baik akan memberi lebih banyak peluang pada masa hadapan dan sebab itulah saya bekerja keras untuk mengejar kedudukan terbaik meskipun peluang mengejar gelaran juara keseluruhan sudah tertutup.â
Peminat-peminat Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS dijemput beramai-ramai menyaksikan perlumbaan terakhir musim 2015 pada 20 dan 21 November ini. Masuk adalah percuma.
HAFIZ NOR AZMANâS âSECRET WEAPONâ
A second generation of Malaysian riders are preparing to conquer the Johor Circuit as the curtain-closing round of the 2015 PETRONAS AAM Malaysian Cub Prix Championship takes place at the 29-year-old circuit this coming November 20 and 21, 2015.
Among them, CP130 debutant Mohd Hafiz Nor Azman will be facing his last attempt to break into the CP130 top-5.
âI failed to improve on my position during the penultimate leg in Jempol last month because of a rookie mistake. Battling with Mohd Fitri Ashraf Razali for the lead, my strategy was to overtake Fitri on Turn 6. With that in mind, I started rolling at Turn 4 to build up the speed and momentum. What I didnât realize was that by the final lap, my tyres were beginning to wear out. The lack of grip caused my crash and I was lucky to limp to the finish line in fourth place and remain at seventh overall. It was a valuable lesson for me, learning to prioritize between race wins and valuable points,â Hafiz recalled.
To achieve his goal, Hafiz will need to finish ahead of Ahmad Fazli Sham and Md Adib Rosley in the CP130 final this Saturday.
âBoth riders are serious contenders and it wonât be easy to pass them. This is especially true for the wily Ahmad Fazli Sham. However, I have a âsecret weaponâ in hand. My father (Nor Azman Mad Darus) was a top Cub Prix rider during his time and he used to score podium finishes very frequently at the Johor Circuit. With such a ready source of information at hand, he was the first person I asked when the Cub Prix organizers confirmed that the final leg will mark a return to the Johor Circuit,â explained Hafiz.
âI believe that I may be the only rider on the CP130 grid with such a unique advantage this weekend and I hope to rely on my fatherâs in-depth knowledge of the track to upgrade my performance and results.â
âMoving up from seventh overall to fifth overall may not seem like a big deal to many people. But from the perspective of a young rider, it is hugely important to at least make an impact in our first season. A good performance will lead to more opportunities in the future and that is why I am still working so hard despite the fact that the title chases are already gone.â
Entry for spectators to the final leg of the 2015 PETRONAS AAM Malaysian Cub Prix Championship is free for the public.