Bergu campuran negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying meneruskan momentum kemenangan selepas mengesahkan kemaraan ke separuh akhirĀ kejohanan badminton Perodua Malaysia Masters 2019.Ā 

Pertemuan dengan sahabat karib,Ā  Goh Soon Huat-Shevon Lai Jamie di peringkat suku akhir menyaksikan kemenangan memihak kepada Peng Soon dan Liu Ying.

Bagi Liu Ying, pertarung yang berlangsung di Arena Axiata, Bukit Jalil hari ini sedikit menyentuh emosi kerana kedua dua bergu ini pernah bersama sama dibawah naungan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sebelum Peng Soon dan Liu memutuskan untuk meninggalkan badan induk badminton negara itu.

Pertarungan kedua dua bergu negara ini nyata sengit dimana jarak mata diantara Peng Soon-Liu Ying dan Soon Huat-Shevon Lai tidka begitu jauh.

Malah, gandingan Goh Soon Huat dan Shevon Lai tampak lebih kemas diawal saingan apabila seringkali mendahului Peng Soon dan Liu Ying.

Namun, pengalaman nyata lebih memihak kepada Peng Soon dan Liu Ying yang mula mengawal permainan dipenghujung set yang tenang menanti kesilapan lawan sekaligus memastikan kemenangan straight set 22-20, 22-20.

Tambah Liu Ying lagi, selain pengalaman, kekuatan mental turut menyumbang kepada kemenangan mereka hari ini.

Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying akan berdepan satu lagi tugas sukar apabila dijadual bertemu pilihan pertama dari Jepun, Yuta Watanabe-Arisa Higashino esok untuk memburu slot final.Ā 

SEMENTARA ITU,Ā  bergu lelaki negara, Teo Ee Yii-Ong Yew Sin ternyata berada dikelas tersendiri apabila melakar kejutan dengan menewaskan pilihan kedua kejohanan, Takeshi Kamura-Keigo Sonoda.

Beraksi dihadapan penyokong sendiri tampak menjadi suntikan semangat buat Ee Yii dan Yew Sin yang bangkit daripada ketinggalan diawal permainan.

 

Permainan aggresif dengan smash kencang serta taktikal di depan jaring menjadi pilihan Ee Yii dan Yew Sin untuk memerangkap lawan sekaligus memastikan kemenangan straight set 21-19, 21-16 dalam masa 39 minit.

Teo Ee Yii pastinya mengharapkan satu lagi bergu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik menang ke atas pilihan keempat dari Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.

Andai menang, Ee Yii dan Ong Yew Sin akan bertemu Aaron dan Wooi Yik sekaligus bakal menyaksikan wakil Malaysia sah beraksi di pentas final bagi kategori bergu lelaki.Ā Ā 

- Advertisement -