Lebih dari 960 000 permohonan untuk menjadi sukarelawan telah diterima penganjur temasya Sukan Olimpik dan Paralimpik Musim Sejuk 2022, Beijing.
Jawatankuasa Penganjur Beijing 2022, (BOCOG) menjelaskan permohonan diterima dari serata dunia selepas ia dibuka pada 5 Disember 2019 selepas pusat sukan dan kebudayaan Shougang Big Air selesai di bina.
Selepas setahun, ketika hari Sukarelawan Antarabangsa ke 35, permohonan atas talian bagi sukarelawan Beijing 2022 telah dilayari lebih 33 juta kali dengan 1.22 juta pengguna telah mendaftar.
Pengarah bahagian Sukarelawan Beijing 2022, Tang Shengping, lebih 960 000 penyertaan diterima melibatkan 168 buah negara.
27 000 sukarelawan diperlukan bagi penganjuran sukan Olimpik Musim Sejuk manakala 12 000 bagi Paralimpik Musim Sejuk manakala 27 000 lagi akan membantu ketika penganjuran Sukan Olimpik.
Calon yang terpilih akan menjalani latihan asas, sebelum sistem latihan secara khusus tentang tugasan diberikan manakala yang tidak terpilih akan menjadi sukarelawan di bandar bandar utama.
Permohonan bagi sukarelawan akan ditutup pada 30 Jun 2021 waktu tempatan.