Mahu atau tidak penganjur sukan Olimpik Tokyo 2020 terpaksa menelan hakikat upacara perasmian pembukaan temasya edisi ke 31 itu bakal berlangsung ‘sepi’.

Apa tidaknya, kurang daripada 1000 ‘penonton’ yang akan hadir ke stadium untuk menyaksikan upacara perasmian Tokyo 2020 esok.

Ketua Pusat Operasi Utama Tokyo 2020, Hidemasa Nakamura ketika taklimat media, hanya petugas media, peserta yang terlibat dengan upacara pembukaan serta atlet atlet yang terlibat sahaja dibenarkan berada sepanjang upacara pembukaan itu.

Dalam kegusaran tuan rumah untuk melakukan persiapan bagi upacara pembukaan, penganjur mengesahkan 12 kes baharu positif jangkitan Covid 19 berlaku dimana dua daripadanya melibatkan atlet luar negara yang berada di perkampungan atlet.

Ini menjadikan jumlah yang positif Covid 19 adalah 87 orang sejak ia mula direkodkan pada 1 Julai lalu.

Nakamura juga menjelaskan, situasi ini semakin menyukarkan pihaknya untuk membendung penularan Covid 19 sepenuhnya, namun mereka aggresif untuk melakukan proses isolasi untuk membendung wabak itu daripada merebak.

 

- Advertisement -