Oleh Ku Mohd Lufti
Kontinjen Perak mensasarkan sekurang-kurangnya tempat ketiga pada kejohanan dwi tahunan itu.Â
Sasaran tersebut menurut Ketua Kontinjen Perak, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan yang juga Ketua Setiausaha Kerajaan Negeri adalah lebih baik berbanding tempat ke enam di SUKMA Perlis dua tahun lalu.
Perak akan menghantar kontijen seramai 561 atlet untuk mengambil bahagian dalam hampir kesemua acara dipertandingkan.Â
âMasa kita ke Sabah, kontinjen menghadapi kesukaran untuk ke beberapa lokasi seperti Sandakan, Sibu, Kota Belud dan lain lain. Masa itu pun kita dapat tiga teratas, jadi kita nak ulang balik kejayaan itu di bumi Sarawak.â Kata Datuk Seri Abdul Puhat.
Ketika di SUKMA 2014, Perlis, kontinjen Perak meraih 30 pingat emas, 29 pingat perak dan 49 pingat gangsa sekaligus menghuni tangga kelapan keseluruhan.
Pencapaian itu jauh lebih baik berbanding edisi 2012 di Pahang dimana Perak menghuni tangga ke 12 dengan 14 pingat emas, 31 pingat perak dan 55 pingat gangsa.
Beliau sebelum itu menerima kunjungan hormat Sekretariat SUKMA 2016 diketuai Menteri Muda Belia dan Sukan dan Perumahan Negeri Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman di Bilik Mesyuarat, Bangunan Perak Darul Ridzuan.
Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri, Datuk Shahrul Zaman Yahya.Â
Daripada keseluruhan 24 jenis sukan dipertandingkan 20 sukan akan berlangsung di Kuching dan Kota Samarahan, manakala dua di Sibu dan tiga lagi  di Miri.
Tema penganjuran SUKMA kali ini; “Perpaduan Dalam Kepelbagaian”.