PERAK mengesahkan tempat ke separuh akhir Kejohanan Hoki Piala Tun Abdul Razak (Lelaki) ke-59 apabila mengetepikan KUALA LUMPUR 3-1 pada saingan Kumpulan Y di Stadium Hoki Nasional malam ini.
Dengan kemenangan itu, Perak melengkapkan saingan kumpulan dengan 4 mata manakala Kuala Lumpur tiada pilihan kecuali menang apabila berdepan Melaka pada perlawanan terakhir mereka esok untuk menentukan satu lagi slot ke separuh akhir.
Melaka, yang kini mempunyai satu mata, hanya perlu seri untuk menyertai Perak ke separuh akhir dari Kumpulan Y. Â
Sebaik bermula, Perak melancarkan serangan bertali arus pada dua suku pertama tetapi dikejutkan Kuala Lumpur menerusi satu-satunya pukulan sudut penalti mereka pada minit ke-23. Mohamad Sabri Mohamad tidak mensia-siakan peluang untuk meletakkan Kuala Lumpur di depan.
Separuh kedua pula menyaksikan Perak mengatur strategi dengan serangan-serangan yang lebih kemas dan memulakan serangan awal. Hasilnya, Muhammad Izad Hakimi Jamaluddin menyamakan kedudukan menerusi pukulan sudut penalti pada minit ke-32 untuk membolehkan Perak kembali bernafas.
Hasil dari gol penyamaan, Perak meningkatkan momentum untuk terus mengasak dengan gerakan dari tengah yang akhirnya membuahkan hasil pada minit ke-40 menerusi jaringan padang Muhammad Akram.
Ketika perlawanan menuju penamat, Muhammad Nursyahmi Zulkifli pada minit ke-60 dengan tolakan kemas membolosi penjaga gol Kuala Lumpur untuk memastikan kemenangan selesa buat Perak dan menghampiri matlamat ke final Ahad ini.
Jurulatih Perak Abdul Sukur Adam lega dengan keputusan itu yang membolehkan mereka menghampiri matlamat ke final.
âMemang Kuala Lumpur pasukan yang kuat dan walaupun ketinggalan, pemain bangkit pada suku ketiga dan keempat. Barisan pertahanan kami bermain cemerlang malam ini dan untuk perlawanan seterusnya, kami akan lihat beberapa aspek yang perlu dibaiki,â kata beliau.
Pengendali Kuala Lumpur, James Murthi pula berkata anak-anak buahnya akan bermain berhabis-habisan untuk merebut satu lagi slot ke separuh akhir apabila menentang Melaka esok.
Dalam saingan Kumpulan X, PAHANG meraih tiga mata penuh selepas menumpaskan PDRM 3-1 untuk mengesahkan tempat ke separuh akhir biarpun berdepan perlawanan terakhir mereka menentang Terengganu esok.
Dengan PDRM sudah pun melengkapkan saingan tanpa sebarang mata, Terengganu dan Pahang masing-masing layak ke separuh akhir pada Sabtu ini.
Pahang mendahului pada separuh masa menerusi Tengku Nasrul Ikmal Tengku Abd Rahim (minit ke-6)Â dan Muhammad Hafiz Zainol (minit ke-11).
PDRM membalas jaringan pada minit ke-41 menerusi Muhammad Hafiizhuddin Zaidi tetapi Muhammad Idris Samad memberikan kemenangan selesa buat Pahang menerusi jaringan sudut penalti pada minit ke-55.
âKita memang cari jaringan awal dan berhasil. Memang kami sasarkan untuk menang dan semuanya berjalan lancar, terutama penjaga gol kami bermain baik. Kami tingkatkan tempo pada suku yang terakhir untuk memastikan kemenangan,â kata jurulatih Pahang Sufian Mohamad.
Pahang berdepan Terengganu esok untuk menentukan juara Kumpulan.
JADUAL PERLAWANAN (Jumaat, 19/11/21)Â
Lelaki
Â
Kumpulan XÂ (6 ptg)
NHS 1:Â TERENGGANUÂ mln PAHANG
Â
Kumpulan Y
NHS 2:Â MELAKAÂ mln KUALA LUMPUR