Oleh Ku Mohd Lufti
Hasrat untuk melihat wakil Malaysia menaiki podium selaku juara Kejohanan Badminton Grand Prix Emas Masters Indonesia tidak kesampaian apabila Goh Jin Wei dan bergu campuran Tan Kian Meng, Lai Pei Jing tidak kesampaian apabila tewas kepada lawan masing masing.
Bergu campuran negara, Tan Kian Meng dan Lai Pei Jing yang diletak selaku pilihan ketiga gagal menyaingi kehebatan pasangan tuan rumah, Ronald Alexander , Melati Daeva Oktavianti apabila tewas straight set 21-16, 21-17 dalam masa 41 minit.
Turun selepas itu Goh Jin Wei dalam aksi perseorangan wanita yang berdepan pilihan pertama, juga dari Thailand, Busanan Ongbamrungphan.
Jin Wei hanya mampu bertahan selama 42 minit sebelum akur bergelar naib juara, tewas dengan keputusan straight set 15-21,13-21.
Lain lain perlawanan, pilihan ke 11 China, Shi Yuqi menang rakan senegara selepas Huang Yuxiang yang juga pilihan ke 12 menarik diri di set kedua akibat kecederaan ketika ketinggalan 0-11.
Set pertama dimenangi Shi Yuqi 21-12.
Bergu wanita pula menyaksikan pilihan keempat dari Korea Selatan, Chae Yoo Jung, Kim So Yeong mengejutkan pilihan ketiga dari Thailand, Kititharakul Jongkolphan, Rawinda Prajongjai 21-18, 22-20.
Kejayaan bergu campuran tuan rumah turut diekori bergu lelaki, Wahyu Nayaka Arya Pankaryanira, Kevin Sanjaya Sukamuljo yang menang ke atas gandingan China, Han Chengkai, Zhou Haodong 21-16, 21-18.