v.shem.wee.kiong.5

Impian untuk menyaksikan wakil tunggal negara dalam acara bergu lelaki, Goh V Shem , Tan Wee Kiong di Kejohanan Badminton Seluruh England ke pentas final tidak kesampaian apabila tumpas kepada pilihan keenam Hiroyuki Endo, Kenichi Hayakawa dari Jepun.

V Shem dan Wee Kiong pastinya mahu membalas dendam selepas tewas pada 2015 di Terbuka Australia.

Sepanjang 43 minit bertarung di gelanggang, bergu negara hanya mampu memberi saingan diawal set sahaja sebelum tercicir mata susulan gandingan mantap Hiroyuki Endo dan Kenichi Hayakawa.

Malah, bergu negara tampak tertekan sekaligus banyak melakukan kesilapan meskipun pada satu ketika memberikan tentangan yang hebat untuk merapatkan jurang mata.

Gandingan Hiroyuki Endo dan Kenichi Hayakawa mengesahkan slot ke final dengan kemenangan straight set 21-13, 21-15.

- Advertisement -