Perlis FA antara pasukan Liga M yang berada dalam senarai hitam bdan induk bolasepak dunia, FIFA susulan tunggakan gaji yang masih belum berkesudahan.

Laporan Berita Harian mendedahkan Perlis FA memiliki 64 kes dimana 58 merupakan kes di badan induk bolasepak Malaysia, FAM dan bakinya berada dibawah seliaan FIFA.

Satu lagi pasukan yang turut sama ‘terkubur’ dan menanggung bebanan hutang, Kuantan FA serta pasukan yang pernah berpengkalan di pantai timur, Terengganu City FC turut berada di dalam ‘radar’ FIFA dengan 54 kes namun berada di bawah pengetahuan FAM.

 Marcerra United melibatkan 39 kes di FAM, manakala Hanelang FC turut hanya melibatkan FAM dengan 28 kes dicatatkan.

Pengurusan pasukan yang telah lenyap dalam kancah Liga M mungkin ‘berseronok’ seketika kerana kes seakan akan ‘hilang’ dan FAM tidak mempunyai sebarang kuasa untuk menanangi isu ini.

Segalanya bergantung kepada FIFA untuk membongkar semula kes ini dan menyelesaikannya di mahkamah sekaligus membuatkan pemain dan pegawai yang telah menanggung derita terus menanti jawapan yang belum kunjung tiba.

Samada FAM masih ‘lembut hati’ dan belum menemui mekanisme terbaik untuk menyelesaikan kemelut ini, jawapan ada pada mereka.

Apa yang pasti, jumlah kes mungkin bertambah dengan keadaan semasa segelintir pasukan negeri atau kelab yang semakin goyah susulan pandemik Covid 19 untuk musim ini.

Isu hutang bukan cerita baru dalam kancah Liga M, hanya skrip atau jalan cerita yang  dan ‘pelakon-pelakon’ sedikit berbeza bagi setiap episod.

Jaminan disuarakan, janji ditabur, namun kesudahannya pemain dan pegawai menanggung perit sambil mengharapkan simpati pada yang sudi.

 

 

- Advertisement -