Selepas berehat panjang, saingan Liga Malaysia kembali untuk melengkapkan separuh lagi perjalanan liga bagi musim 2017.
Paling ketara penguasaan Johor Darul Takzim di puncak liga yang terus selesa dengan 33 mata berjaya dikumpul termasuk selepas menewaskan Pulau Pinang.
Pengendali baru JDT, Ulisses Morais gembira dengan kemenangan yang terhasil dilaman sendiri, namun memerlukan penambahbaikan.
âYang penting adalah tiga mata, dan ianya keputusan yang positif, pemain pemain berusaha untuk mendapatkan tiga mata dan saya senang untuk bekerja dengan pemain pemain dan kelab ini,â kata Morais.
Lain pula ceritanya di utara tanah air apabila salah satu pencabar terdekat JDT, Kedah terpaksa menelan keperitan tewas digelanggang keramat.
Dibawah kendalian Nidzam Adha Yusoff, Â peluang Kedah untuk mengekori rapat JDT semakin sukar apabila jurang mata menjadi 9 mata selepas mengharungi 12 perlawanan.
Ketiadaan tonggak utama jelas sekali dirasai pengendali Lang Merah yang memerlukan rombakan terhadap prestasi pemain pemain lain.
âKetiadaan Ken Ilso Larsen serta beberapa pemain tonggak turut dirasai dan Perak mudah mengucar-kacirkan pasukan dengan dua gol mudah.
âPerlawanan ini mengajar kita agar sentiasa bersedia beraksi dalam apa jua keadaan dan mengurangkan kesilapan terutama di bahagian pertahanan yang agak leka, dan itu kita perlu perkemaskan untuk perlawanan akan datang,âkata Nidzam.
Selain Ken Ilso, turut mengisi senarai kecederaan adalah Baddrol Bakhtiar, Rizal Ghazali, Muhd Farhan Roslan, dan Zack Anderson.
Kesemua pemain yang cedera hampir pasti tidak akan diturunkan ketika aksi menentang Melaka United pada Selasa. – OLEH KU MOHD LUFTI