Pasangan bergu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik mara ke pusingan kedua bergu lelaki Perodua Malaysia Masters selepas melakar kemenangan straight set 21-19, 21-18 ke atas gandingan profesional, Goh V Shem-Tan Wee Kiong.
Aksi sulung bagi tahun 2020, Aaron dan Wooi nyata masih mencari rentak dan keserasian ketika turun berdepan V Shem dan Wee Kiong.
Aaron dan Wooi Yik ternyata punya formula tersendiri untuk memastikan slot pusingan kedua menjadi milik mereka selepas menutup saingan pusingan pertama dalam masa 33 minit.
Pusingan kedua esok, Aaron Chia-Soh Wooi Yik akan berdepan pemenang diantara piliha pertama, Kevin Sanjaya Sukalmujo-Marcus Fernaldi Gideon dari Indonesia atau Lin Chia Yu-Yang Min Tse dari Taiwan.
Aaron Chia-Soh Wooi Yik merupakan pemenang pingat emas di Sukan SEA Manila tahun lalu bagi acara bergu lelaki.
Dalam pada itu, Goh V Shem dan Tan Wee Kiong mengakui mereka banyak melakukan kesilapan sekaligus memberi mata mudah kepada Aaron Chia-Wooi Yik sekaligus akur pulang awal di saingan Malaysia Masters tahun ini.
Ia sekaligus keputusan yang mengecewakan kerana edisi 2019, V Shem dan Wee Kiong mara sehingga ke peringkat separuh akhir sebelum kecundang ditangan Kevin Sanjaya-Markus Gideon.