Sri Pahang FC melakukan beberapa perubahan menjelang musim Liga M 2024-2025 di mana sehingga sepuluh pemain akan dilepaskan oleh tim Pantai Timur itu.
Tok Gajah, dalam satu kenyataan, mengucapkan selamat tinggal kepada pemain asing Kevin Ingreso, Michael Glassock, Lucas da Silva dan Sherzod Fayziev.
Mereka juga tidak akan memperbaharui kontrak pemain local Nicholas Swirad, Muslim Ahmad, Malik Mat Arif, Zuhair Aizat, Wan Syazmin and Shahrul Nizam.
Musim ini, Sri Pahang menduduki tempat kelima Liga Super, mara ke suku akhir Piala Malaysia dan pusingan kedua Piala FA.