Foto – FAM

Harimau Malaya bangkit dari ketinggalan untuk menewaskan Filipina 2-1 sekaligus mara ke pentas final Pestabola Merdeka 2024 yang berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil

Ia adalah kemenangan sulung danjuga ujian pertama buat pengendali skuad negara, Pau Marti Vicente sekaligus selangkah untuk menjulang trofi Pestabola Merdeka 2024.

Bagaimanapun, Filipina yang berada di ranking ke-147 dunia berjaya mengejutkan Harimau Malaya selepas rembatan Jefferson Tabinas terkena kaki Feroz Baharudin sebelum menerjah jaring pada minit ke-27.

Ketika babak pertama berbaki dua minit, Syamer Kutty Abba melegakan kem Harimau Malaya apabila merembat masuk gol penyamaan selepas menerima umpanan daripada Feroz.

Pemain gantian, Safawi Rasid kemudian meletakkan Harimau Malaya di depan menerusi sepakan penalti pada minit ke-73 selepas Arif Aiman Hanapi dijatuhkan Matthew Baldisimo. Jaringan tersebut bertahan sehingga tamat perlawanan.

Untuk rekod, Harimau Malaya yang dibawah kendalian Pan Gon muncul naib juara pada Pestabola Merdeka 2023 apabila tewas 0-2 kepada Tajikistan di final.

Terdahulu, Lubnan berjaya melangkah ke final Pestabola Merdeka 2024 buat kali pertama selepas menumbangkan juara bertahan Tajikistan 1-0.

Gol sulung perlawanan itu hadir pada minit ke-13 oleh Lubnan menerusi pemain tengahnya Jihad Ayoub yang menanduk masuk sepakan sudut Rabih Ataya.

- Advertisement -