Pasukan Petronas Yamaha SRT masih optimis pelumba Itali, Valentina Rossi akan menyertai pasukan itu bagi saingan MotoGP musim 2021.

Prinsipal pasukan, Datuk Razlan Razali menjelaskan, juara dunia sembilan kali itu masih belum menghubunginya dan beliau masih menanti keputusan daripada The Doctor.

Pasukan Yamaha Monster Energy telah mengambil langkah awal dengan menyambar pelumba Petronas Yamaha SRT, Fabio Quartararo jika Rossi memutuskan untuk bersara.

Bagi Razlan, beliau perlu mendengar pandangan dan permintaan Rossi tentang keperluan, matlamat dan banyak lagi perkata sebelum kata putus dicapai.

Rossi telah berlumba dengan pasukan pasukan utama dan jika beliau memutuskan untuk bersama Petronas Yamaha SRT yang merupakan pasukan satelit, suasana dan sistem pasukan pastinya berbeza.

Tambah Razlan lagi, pihaknya menetapkan sehingga penghujung Mei untuk Rossi membuat keputusan kerana pasukannya perlu mencari pelumba kedua sebelum musim 2021 bermula.

Seperti pasukan pasukan lain, Petronas Yamaha SRT juga mahukan sesuatu daripada Rossi andai beliau bersetuju untuk beraksi bersama pasukan itu.

Namun, segalanya terletak ditangan kedua dua pihak, Rossi tahu apa yang mampu dilakukan berdasarkan kemampuan dan apa yang pasukan Petronas Yamaha SRT mampu tawarkan kepadanya.

- Advertisement -