PGA Amerika menarik penganjuran Kejuaraan PGA 2022 di Trump National Golf Club Bedminster pada Ahad, selepas beberapa hari penyokong Presiden Donald Trump menyerang Capitol.
Melalui satu kenyataan di Twitter, Presiden PGA, Jim Richardson mengesahkan Lembaga Pengarah PGA telah menggunakan hak untuk penarikan penganjuran di padang golf milik Trump.
Pengumuman penarikan salah satu empat kejuaraan utama golf berikutan permintaan untuk sukan tersebut menjauhkan diri dari terlibat dengan Trump.
Trump—penggemar sukan golf yang kerap ke Bedminster untuk beriadah semasa beliau menjadi Presiden AS—kalah dalam pilihanraya Presiden 2020 pada November dimana Joe Bidin memenangi dan bakal menjadi Presiden AS yang ke-46.
Tuduhan palsu Trump mengenai penipuan pilihanraya tersebut dan mengahasut penunjuk perasaan sebelum serangan di Capitol telah mendorong pengkritik untuk meminta pengunduran dirinya atau pemecatan dari jawatan sebagai tidak layak.
Sebelum ini, retorik hubung kait Trump telah lama menimbulkan masalah dalam dunia golf.
Pada 2017, PGA Tour mengumumkan Kejuaraan Golf Dunia tahun itu dipindahkan ke Mexico dari Padang Golf Doral, Miami milik Trump.
Namun, menjelaskan keputusan itu tiada kaitan dengan politik Trump, tetapi untuk menarik penajaan.
Sementara itu, di Britain, harapan Trump untuk mengadakan Terbuka Inggeris di padang golf Turnberry di Scotland juga tidak kesampaian. 
Pada 2015, badan pentadbiran golf, Royal & Ancient dilaporkan menolak sebarang kemungkinan Turnberry mengadakan Kejuaraan Terbuka 2020 berikutan kenyataan berbaur perkauman semasa kempen presidennya. 
Kali terakhir Turnberry menjadi tuan rumah kejuaraan terbuka adalah pada 2009. – Oleh Siti Zafirah Kamal
- Advertisement -