Pahang dan Terengganu akan bertemu pada separuh akhir Khamis ini (22 Sept) selepas masing-masing melepasi halangan suku akhir saingan TNB Piala Tun Abdul Razak (Lelaki) 2020 di Stadium Nasional Hoki hari ini.

Pahang mengejutkan penyandang gelaran yang juga juara empat kali Melaka 2-1 manakala Terengganu, juara dua kali, menamatkan kemaraan skuad muda Sabah dengan kemenangan 2-1 pada saingan suku akhir hari ini.

Bekas juara berganda Kuala Lumpur dan Perak pula akan berentap sesama sendiri pada satu lagi saingan separuh akhir selepas masing-masing mengatasi lawan suku akhir mereka malam ini. 

Kuala Lumpur mara selepas membenam PDRM 3-2 manakala Perak mengatasi Perlis 2-0 untuk menyertai Pahang dan Terengganu ke separuh akhir Khamis ini. 

PAHANG 2 MELAKA 1

MELAKA turun sebagai pasukan pilihan selaku juara bertahan manakala PAHANG, yang dibarisi sebahagian besar pemain muda, mahu mencatat sejarah layak ke separuh akhir seterusnya ke perlawanan akhir Sabtu ini. 

Dengan diperkuat dua pemain senior, Pahang mempamerkan aksi kemas pada suku kedua dan ketiga untuk membenam Melaka 2-1 bagi mengesahkan tiket ke empat terakhir. 

Bermula dengan tekanan demi tekanan ke atas Melaka pada suku pertama, penyerang Ismail Abu akhirnya membuka jaringan menerusi gerakan kemas pada minit ke-18.

Namun, Melaka bangkit semula pada suku ketiga menyamakan kedudukan menerusi pukulan sudut penalti Firdaus Omar pada minit ke-35.  

Kegembiraan Melaka hanya bertahan seketika apabila Pahang memaksa kesilapan ke atas lawan dan berjaya meraih pukulan sudut penalti pada minit ke-36. Muhamad Hafiz Zauri menyempurnakan pukulan untuk meleteakkkan Pahang kembali dan depan. 

Pahang berjaya mengekang asakan dan tindak balas Melaka sepanjang suku keempat bagi mengekalkan kedudukan 2-1 dan mencapai sasaran pasukan ke separuh akhir bertemu Terengganu Khamis ini.  

Jurulatih Pahang Mohamad Sufian Mohamad nyata puas hati dengan prestasi pemain yang rata-rata dibarisi tenaga muda dari Akademi Hoki Pahang.  “Pertaruhan ke atas pemain yang rata-rata di bawah 19 tahun membuahkan hasil. Ini kerana pemain telah lama bermain bersama dan mempunyai persefahaman yang tinggi, selain mempunyai tahap stamina yang tinggi,” kata beliau. 

Menentang Terengganu, Sufian berkata anak buahnya akan turun tanpa tekanan kerana sudah mencapai sasaran ke separuh akhir. “Tetapi akmi akan turun berhabisan untuk mencatat sejarah ke akhir pula apabila menentang Terengganu nanti,”kata beliau. 

TERENGGANU 2 SABAH 1

JUARA empat kali Terengganu (THT), yang turun dengan campuran pemain kebangsaan yang SUKMA, berjaya mengekalkan status sebagai antara pasukan pilihan dengan membenam Sabah 2-1 pada satu lagi saingan suku akhir hari ini. 

Sekali lagi, ledakan dua gol penyerang kebangsaan Faizal Saari pada suku kedua dan keempat menjulang kejayaan skuad THT biarpun penyerang kebangsaan Sabah Shello Silverius merapatkan jurang dengan jaringan pukulan sudut penalti pada suku keempat. 

Faizal yang berbisa dengan jumlah 14 jaringan keseluruhan setakat ini, nyata sukar dikekang apabila merobek gawang Sabah menerusi jaringan padang pada minit ke-19.

Shello Silverius menghadirkan sedikit harapan buat Sabah apabila menyempurnakan pukulan sudut penalti pada minit ke-54. Ia merupakan gol keempat pemain itu dalam kempen kali ini. 

Namun kegembiraan Sabah tidak alam apabila Faizal sekali lagi menemui sasaran pada minit minit-54 untuk mengekalkan kedudukan sebagai pendahulu seterusnya layak ke separuh akhir menentang Pahang. 

Jurulatih Terengganu Tai Beng Hai nayata berpuashati dengan prestasi pasukan biarpun diberikan saingan yang sengit sambal mengakui barisan pemainnya agak letih selepas perlawanan semalam. “Walaupun dibarisan pemain SUKMA, nyata Sabah merupakan lawan yang kuat dengan tahap fizikalyang tinggi,” kata beliau. 

KUALA LUMPUR 3 PDRM 2

KUALA Lumpur semakin menghampiri misi menamatkan kemarau kejuaraan mereka apabila menumpaskan PDRM 3-2 pada sangan suku akhir malam mini. 

Kali terakhir menjuarai kejohanan pada 2011, barisan yang dibimbing jurulatih S.Selvaraju itu menerima tentangan sengit dari PDRM sebelum dapat memuktamadkan kemenangan untuk layak ke separuh akhir. 

Dua jaringan pada minit ke-18 dan ke-21 oleh Muhammad Shahril Saabah dan Danial Asyraf Ghani memberikan kelebihan buat Kuala Lumpur pada separuh masa. Begitu pun, PDRM kembali bangkit selepas tempoh rehat dengan menemui sasaran menerusi Faizal Reza Mohd Noor pada minit ke-37. 

Kuala Lumpur berjaya melebar kedudukan menerusi gol kedua Muhamad Shahril Saabah pada minit ke-48 sebelum PDRM kembali merapatkan jurang jaringan menerusi Muhammad Razie Abd Rahim pada minit ke-50. 

PERAK 2 PERLIS 0

JUARA 9 kali Perak nyata sukar dikekang dan memastikan tempat ke separuh akhir milik mereka apabila membenam Perlis 2-0 pada saingan suku akhir di Padang 1 Stadium Hoki Nasional mala mini. 

Corak permainan menyerang dan kemas terutamanya pada suku kedua dan ketiga, dengan  lapan pukulan sudut penalti kesemuanya, memastikan kemaraan Perak yang kali terakhir menjulang piala pada 2018.

Jaringan padang Meor Muhammad Azuan Hassan pada minit ke-17 membuka laluan untuk Perak manakala Muhammad Azrai Aizad menggunakan peluang terbuka dalam kawasan D Perlis pada minit ke-56 untuk meletakkan Perak di depan. 

Perlis cuba bangkit pada suku keempat untuk menghasilkan sesuatu tetapi barisan pertahanan kemas sukar ditembusi. 

Pertembungan separuh akhir Kuala Lumpur-Perak pada separuh akhir nanti pasti sengit berdasarkan rekod lepas dan kelebihan yang dimiliki kedua-dua pasukan sebagai antara gergasi hoki tanahair. 

Perlawanan akhir bagi kejohanan edisi ke-58 itu dijadualkan berlangsung pada 26 September ini.  

 

JADUAL PERLAWANAN SEPARUH AKHIR (24 Sept) 

Pahang mln Terengganu

Kuala Lumpur mln Perak

- Advertisement -