Jawatankuasa penganjur Sukan SEA 2019, PHISGOC perlu melunaskan tunggakan sebanyak ₱ 387 juta atau lebih RM 33 juta kepada pembekal.
Perkara tersebut dimaklumkan oleh Senator, Nancy Binay ketika pembentangan bajet untuk 2021 oleh Pesuruhjaya Sukan Filipina (PSC).
PSC diwakili Pengarah Eksekutif Atty Guillermo Iroy membentangkan bajet yang diperlukan oleh pihaknya kepada Jabatan Peruntukkan dan Pengurusan (DBM) iaitu sebanyak ₱207 juta.
Namun, PSC perlu melunaskan tunggakan ₱387 juta kepada pembekal pembekal yang masih menunggu tuntutan bayaran meskipun penganjuran Sukan SEA ke 30 telah pun tamat lebih 10 bulan lalu.
Iroy menjelaskan peruntukkan tersebut akan dikeluarkan oleh DBM dan diserahkan kepada PHISGOC untuk melunaskan segala tunggakan.
PSC juga mendedahkan mereka meminta peruntukkan tambahan sebanyak ₱800 juta yang menyaksikan perbelanjaan yang telah dikeluarkan untuk menganjurkan Sukan SEA 2019 berjumlah ₱6.8 bilion.
Tambahan ₱800 juta adalah untuk pembelian peralatan sukan dan keperluan oleh syarikat penyiaran antarabangsa.
Senat Filipina meluluskan ₱5 bilion daripada ₱7.5 bilion yang dipinta oleh PHISGOC untuk penganjuran sukan SEA 2019. Manakala ₱1 bilion diberikan oleh Pejabat Presiden PSCÂ
Senator, Bong Go yang mempengerusikan mesyuarat tersebut kecewa dengan tunggakan yang dianggap tidak masuk akal.
Go mempersoalkan bagaimana peruntukkan yang diterima tidak diuruskan dengan sebaik mungkin dimana penganjur mampu untuk menghasilkan upacara pembukaan dan penutup yang gemilang tetapi gagal untuk melunaskan bayaran kepada syarikat syarikat kecil termasuk pemandu pemandu tempatan.
Beliau bagaimanapun meluluskan tambahan peruntukkan ₱ 250 juta bagi persiapan dan perbelanjaan bagi mengharungi temasya sukan Olimpik Tokyo 2020 yang akan bermula pada Julai tahun depan.
Selain itu, peruntukkan itu juga untuk persiapan Sukan Paralimpik, Kejohanan Seni Mempertahankan Diri Dalam Dewan Asia serta persiapan bagi mengharungi Sukan SEA 2021
Media tempatan turut mendedahkan pembentang laporan audit perbelanjaan akan dilakukan pada November, Iroy memaklumkan PHISGOC meraih pendapatan diantara ₱194-195 juta dan tambahan ₱32 juta daripada hak penyiaran.