Dua puluh pemain daripada 10 negara terpilih beraksi di Kejuaraan Jr NBA Global kali kedua di Amerika Syarikat, 6-11 Ogos di Kompleks Sukan ESPN Wide World, Walt Disney World di Florida

Chong Phui Khee mengisi slot 10 pemain perempuan yang terpilih untuk beraksi sekaligus mewakili Asia Pasifik selepas cemerlang dan menunjukkan prestasi yang membanggakan ketika sesi pemilihan yang berlangsung pada 15 dan 16 Jun lalu.

Penuntut Sekolah Sukan Malaysia Pahang (SSMP) ini meletakkan azam dan matlamat tersendiri dikejohanan ini.

“Sudah tentu saya berasa gembira dan berbangga kerana terpilih dan mewakili Asia Pasifik. Saya mahu lihat bagaimana pemain pemain dari negara lain bersaing dan akan manfaatkan pengalaman ini untuk memperbaiki cara permainan dan kemahiran saya,”kata Phui Khee.

Minatnya dalam sukan bola keranjang bermula sejak lima tahun lalu di mana pemain kelahiran Perak ini berlatih di gelanggang bola keranjang berdekatan rumahnya setiap hari.

Malah, sesi latihan turut diadakan di sekolah sambil dibantu oleh jurulatihnya bagi mengenal pasti kelemahan dan jalan penyelesaian sebelum turun beraksi.

Selain Phui Khee, seorang lagi pemain negara yang terpilih adalah Eman Ajmal Jamil selepas NBA mengumumkan 10 pemain lelaki dan 10 pemain perempuan mewakili rantau Asia Pasifik ke Kejuaraan Jr NBA Global kali kedua.

Kejohanan bola keranjang peringkat remaja bagi kategori bawah 13 tahun dan bawah 14 tahun lelaki dan perempuan dari seluruha dunia dari 6-11 Ogos di Kompleks Sukan ESPN Wide World di Walt Disney World, berdekatan Orlando, Florida.

20 pemain ini dipilih menerusi kem yang berlangsung selama dua hari pada 15 dan 16 Jun. Kem tersebut menampilkan 68 penyertaan daripada 10 negara dari seluruh yang menumpukan pembangunan bagi aspek teknikal dan taktikal untuk pertandingan lima lawan lima (five on five).       

                     *Pasukan Lelaki Asia Pacifik

  • Brian Leonard (Indonesia)
  • Dontae Nance (New Zealand)
  • Eishin Naito (Jepun)
  • Eman Ajmal Bin Jamil (Malaysia)
  • Henjz Gabriel Demisana (Filipina)
  • Joshua Dent (Australia)
  • Lionel Matthew Rubico (Filipina)
  • Sebastian Roy Reyes (Filipina)
  • Tan Zi Sheng Jayson (Singapura)
  • Tikun Sriphrawiang (Thailand)

 

*Asia Pacific Girls Team

  • Angelica Jenifer Candra (Indonesia)
  • Chong Pui Khee (Malaysia)
  • Dianne Camille E.Nolasco (Filipina)
  • Iris Yuen (Singapura)
  • Lilly Taulelei (New Zealand)
  • Phung Trang Linh (Vietnam)
  • Reina Fukuo (Jepun)
  • Summah Hanson (Australia)
  • Supawadee Aupatum (Thailand)
  • Vanissa Renata Siregar (Indonesia)

Kejuaraan Jr NBA Global akan menampilkan divisyen lelaki dan perempuan, dipecahkan kepada kumpulan Amerika Syarikat dan Antarabangsa melibatkan saingan pusingan round robindan diteruskan dengan pusingan kalah mati. Pemenang bagi kumpulan Amerika Syarikat dan Antarabangsa akan beraksi di peringkat kejuaraan globalpada 11 Ogos.

Sepanjang tempoh kejohanan berlangsung, kesemua 32 pasukan akan turut terlibat dengan aktiviti yang disediakan untuk mendedahkan kepada nilai utama NBA Jr. selain mendedahkan pemain kepada pembangunan dan pengalaman berharga ketika diluar gelanggang termasuk kemahiran hidup, lawatan ke Taman Tema Disney dan khidmat komuniti.

*Jadual akhir tertakluk kepada sebarang pindaan

- Advertisement -