–
Bukan sahaja merasai kekalahan di pentas final Challenge Cup buat kali kedua berturut-turut dengan cara amat memeritkan tetapi ketua pasukan UKM FC, Asnan Ahmad berasa bertanggungjawab selepas gagal menyempurnakan sepakan penalti yang membawa kepada kemenangan Johor Darul Tazim II (JDT II).
Mengimbas kembali situasi genting pada penentuan sepakan penalti dalam aksi di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras semalam, dia mengakui berasa sedikit gusar ketika mahu mengambil sepakan itu ekoran kekejangan otot pada masa tambahan.
Namun demi tanggungjawab kepada pasukan, dia mengambil risiko mengambil tugas berkenaan yang menyaksikan bola sepakannya dapat diselamatkan penjaga gol, Haziq Nadzli.
Pertahanan JDT II, Mohd. Fadhli Mohd. Shas kemudian muncul wira pasukan apabila berjaya menyempurnakan sepakan penalti kelapan untuk membawa pasukannya muncul juara melalui keputusan 6-5 selepas kedua-dua pasukan terikat agregat 1-1 dalam dua aksi final Challenge Cup.
âMemang amat terasa kali ini (kekalahan di final) yang berpunca daripada diri sendiri dan sepatutnya saya kena lebih tenang pada situasi berkenaan walaupun saya sedikit bimbang selepas mendapat kekejangan sewaktu bermain.
âBukan tiada pemain lain untuk ambil cuma ada beberapa rakan sepasukan seperti Wan Muhammed Afiq baharu sahaja masuk dan saya rasa biarlah saya yang ambil tugas tersebut, malangnya bukan rezeki pasukan.
âPemain semua dah bagi sehabis apa yang mereka sudah mengikut taktikal yang diarahkan oleh jurulatih namun sayang sekali, tuah pula tidak bersama dengan kita pada kali ini,â katanya.
Ini merupakan kekalahan kedua berturut-turut buat UKM FC di pentas final Challenge Cup selepas musim lalu dikecewakan Terengganu FC II 4-2.
Gol tunggal pada perlawanan final kedua semalam dijaringkan Mateo Roskam pada minit ke-82 bagi memadamkan kelebihan satu jaringan JDT II pada final pertama bagi mengheret permainan ke masa tambahan.
Mengenai perancangan masa depan, pemegang Sarjana Pendidikan UKM ini, Asnan mengakui dirisik beberapa pasukan namun dalam masa sama turut memikirkan kariernya sebagai guru.
âBerdasarkan prestasi, saya rasa musim lepas lagi baik kerana saya mendapat kecederaan pada awal tahun ini namun bagi pasukan UKM, saya rasa kami semakin meningkat.
âSaya musim depan mungkin akan terus kekal dengan UKM FC jika masih menerima tawaran dan dalam masa sama tidak menafikan ada menerima tawaran daripada pasukan luar, cuma masih di peringkat perbincangan.
âMengenai karier sebagai guru, saya bakal menghadiri temuduga pada minggu depan tetapi belum terfikir mahu melupakan bola sepak kerana ini adalah impian yang saya tanam sejak kecil.
âSaya pernah memberitahu ibu sejak berumur lapan tahun, yang saya hendak menjadi pemain bola sepak dan gembira peluang masih ada untuk meneruskan cita-cita ini,â katanya.