Persekutuan Bolasepak Dunia (FIFA) menunda saingan Piala Dunia Wanita Bawah 17 Tahun ke tahun 2021 susulan Covid 19 yang masih menular secara global.
Kejohanan itu sepatutnya berlangsung pada November di India, namun ditunda selama tiga bulan dan dijangka berlangsung pada 17 Februari 2021.
Ia akan dilangsungkan di lima buah bandar disekitar India dimana negara tersebut menurut FIFA mahu menjadi sebuah negara yang mampu menjadi hos terbaik bagi kejohanan bertaraf antarabangsa selepas menjadi tuan rumah Piala Dunia Bawah 17 Tahun pada 2017.
FIFA berpuas hati dengan usaha yang komitmen yang telah ditunjukkan dan berharap tempoh masa yang baru memberi ruang kepada India untuk mengatasi kekurangan yang berlaku akibat Covid 19.
Selain perubahan Piala Dunia Wanita B17, FIFA juga mengumumkan Piala Dunia Wanita B20 yang akan berlangsung di Costa Rica dan Panama turut ditunda kepada 20 Januari hingga 6 Februari 2021.
Saingan Futsal Piala Dunia 2020 pula akan ditunda ke 12 September 2021 dimana Lithuania merupakan tuan rumah.
Sementara Kongress FIFA kali ke 70 akan dilangsungkan secara atas talian pada 18 September depan.
Pandemik Covid 19 menyaksikan hampir kesemua aktiviti sukan diperingkat global termasuk bolasepak terhenti sejak penghujung Februari dan kini dalam proses untuk disambung dengan peraturan baru, iaitu berlangsung tanpa kehadiran penonton.
Korea Selatan menjadi negara pertama yang menyambung semula saingan liga domestik, K League minggu lalu manakala Bundesliga Jerman akan menjadi liga di negara Eropah yang pertama menyambung semula liga.