Pasukan sepaktakraw negara pulang dengan pencapaian selaku naib juara Piala Dunia Persekutuan Sepaktakraw Dunia (ISTAF) setelah tewas 0-2 kepada Thailand dalam aksi final yang berlangsung di Hyderabad, India pada Ahad.

Skuad negara kendalian Abdul Talib Ahmad yang mara ke final dengan menyingkirkan tuan rumah bagaimanapun memberi tentangan sengit dan mengerah Thailand untuk bekerja keras sebelum tewas dengan keputusan 19-21, 22-24.

Untuk rekod, Piala Dunia ISTAF dianjurkan semula selepas enam tahun menyepi dan kejayaan ini menyaksikan Thailand yang merupakan gergasi sepaktakraw Asia dan dunia mempertahankan kejuaraan dimenangi ketika ia dianjurkan pertama kali pada 2011 di Kuala Lumpur.

Sementara itu, pasukan wanita negara kendalian Fikri Md Nor menamatkan saingan selaku pemenang tempat ketiga bersama-sama Iran setelah kecundang 1-2 (11-21, 21-19, 19-21) di separuh akhir kepada Vietnam pada Sabtu sekaligus turut menyamai pencapaian pada 2011.OLEH MUHD AIMAN 

 

 

- Advertisement -