Sambutan terhadap aksi final Piala FA membabitkan Selangor menentang Pahang di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Sabtu ini sangatlah suram.
Jika musim-musim terdahulu kita mendengar penyokong bersesak mendapatkan tiket sehingga ada yang pengsan, terpaksa beratur dari subuh untuk mendapatkan sekeping tiket yang terjual ibarat âpisang gorengâ panas, begitu laris sehinggakan 20 atau 30 ribu tiket boleh habis dijual dalam sekelip mata pada hari pertama kaunter dibuka, ia bukan lagi situasi yang sama. Â
Di kala penyokong Selangor sepatutnya bergembira meraikan kejayaan pasukan mereka mara ke final selepas sembilan tahun, perkarangan Stadium Shah Alam lengang dengan hanya beberapa penyokong kelihatan mendapatkan tiket dan ianya seolah jualan tiket bagi menyaksikan aksi liga pada pertengahan minggu.
Ia jelas situasi yang janggal kerana pasukan yang mara ke final adalah dua pasukan yang mempunyai âfan baseâ yang begitu kuat dan diketahui fanatisme mereka.
Menurut salah seorang penyokong setia Red Giants, Abdul Hamid Ahmad, âSetiap kali perlawanan akhir membabitkan Selangor, saya akan beli banyak keping tiket dan saya akan beratur banyak kali untuk dapatkan tiket.Â
âKadang-kadang saya akan bawa anak saya dan beratur bersama-sama beli tiket. Dahulu seorang dihadkan hanya lima keping tiket, tetapi tahun ini saya dapat beli banyak sebab orang tidak ramai.
“Saya beli 60 tiket dewasa dan lapan tiket kanak-kanak untuk ahli keluarga saya dan kawan-kawan. Alhamdulillah tidak perlu beratur banyak kali pada tahun ini. Ini kali pertama saya tengok jualan tiket Piala FA suram,â ujarnya sepertimana dipetik dari laporan media tempatan.
Faktor utama yang dilihat sebagai menyumbang kepada hilangnya tarikan terhadap aksi final Piala FA musim ini dilihat berpunca kerana saingan Piala Dunia sedang rancak berlangsung dan pada malam final tersebut sendiri, England yang merupakan antara pasukan tumpuan peminat bolasepak tempatan akan turun menentang Sweden di peringkat suku akhir.
Untuk makluman, sebanyak 80,000 tiket dicetak untuk aksi final kali ini dengan 30,000 diagihkan masing-masing kepada Selangor dan Pahang. Selebihnya dijual di kaunter Stadium Shah Alam dan Stadium Darulmakmur dengan harga RM50 selain turut dijual secara atas talian di www.tickethotline.com serta platform Shopee yang merupakan penaja pertandingan. – OLEH MUHAMMAD AIMAN