Dua jaringan pemain import Ivory Coast, Kipre Tchetche dipenghujung perlawanan memastikan Terengganu FC 1 (TFC 1) mengesahkan slot keperlawanan final Piala Malaysia 2018 sekaligus mengecewakan Johor Darul Takzim (JDT) di laman sendiri.

TFC kendalian Irfan Bakti Abu Salim bangkit daripada ketinggalan dua gol untuk mengikat JDT yang juga juara 2017 dua sama di saingan separuh akhir kedua yang berlangsung di Larkin dengan aggregat 3-2.

Ketinggalan 0-1 selepas separuh akhir pertama di gelanggang lawan, JDT yang juga juara Piala Malaysia edisi 2017 tampak tidak resah ketika melayan kunjungan TFC 1 dilaman sendiri.

TFC 1 yang hanya memerlukan keputusan seri untuk mengesahkan slot ke final bagaimanapun diberi tentangan hebat pasukan tuan rumah.

Kekebalan benteng pertahanan TFC1 hanya mampu bertahan selama 41 minit sebelum pemain import, Fernando Marquez memecah kebuntuan menerusi sepakan penalti untuk JDT mendahului 1-0 sekaligus mengikat aggregat satu sama.

Jaringan tersebut nyata menyuntik semangat juang The Southern Tigers yang menyumbat gol kedua diminit ke 62 menerusi Gonzalo Cabrera.

Dua gol tanpa balas menyaksikan JDT memimpin aksi separuh akhir kedua dengan kedudukan aggregat 2-1 sekaligus menampakkan kebangkitan juara Liga Super 2-18 ini untuk melangkah ke final.

Namun, kealpaan JDT dihukum TFC 1 yang menanti kesilapan pertahanan tuan rumah.

Stadium di Larkin sepi seketika apabila kapten TFC 1, Kipre Tchetche mengikat aggregat menjadi dua sama selepas menggegar gawang JDT di minit 69.

Aksi bertambah tegang memasuki masa tambahan selepas tamat masa sebenar dan peluang dimanfaatkan Tchetche yang medak gol kedua untuk TFC 1 sekaligus meletakkan skuad penyu ke pentas final.

TFC 1 mengikat JDT dua sama di Larkin dalam separuh akhir kedua, namun skuad kendalian Irfan Bakti Abu Salim mengesahkan slot ke final menerusi kemenangan aggregat 3-2.

 

 

 

  

- Advertisement -