Aksi pembukaan Piala Malaysia malam tadi menyaksikan pasukan pilihan, Terengganu FC dan Johor Darul Takzim (JDT) mengesahkan tiga mata selepas melakar kemenangan ke atas lawan masing masing.
TFC yang berada dalam kumpulan A melakar kemenangan selesa 3-1 ke atas PKNS FC dilaman sendiri untuk mengungguli kumpulan.
PKNS FC serba tidak menjadi apabila bolos seawal minit keenam apabila Sanjar Shaakhmedov meletakkan tuan rumah didepan 1-0.
Momentum pelawat kembali memuncak menghampiri penghujung babak pertama selepas Jafri Firdaus Chew menyamakan kedudukan satu sama di minit 30.
Namun, semangat juang Red Ants direntap tujuh minit berselang apabila Nasrullah Hanif Johan menanduk masuk bola hantaran Ahmad Syamim Yahya.
 Shaakhmedov menutup sisa perjuangan PKNS FC untuk sekurang kurangnya pulang dengan satu mata selepas meledak gol ketiga untuk TFC dipenghujung perlawanan.
Dalam pada itu saingan pembukaan kumpulan B memperlihatkan penguasaan Johor Darul Takzim yang melayan kunjungan UiTM FC.
JDT membuka tirai gol di minit 15 apabila hantara Nazmi Faiz Mansor disudahkan dengan kemas Diogo Luis Santo untuk gol tunggal dibabak pertama.
Safawi Rasid melebarkan kedudukan menjadi 2-0 selepas menyempurnakan penalti di minit 65 sebelum Diogo sekali lagi melakar nama selaku penjaring di minit 85 untuk JDT selesa mendahului tiga gol tanpa balas.
Gawang JDT akhirnya bolos ketika permainan memasuki masa tambahan selepas tamat masa penuh selepas sepakan percuma kapten UiTM FC, Zarko Korac menggegar pintu gol tuan rumah.