Malaysia membuka gelanggang Piala Sudirman 2021 dengan kemenangan selepas menundukkan England dalam aksi pembukaan kumpulan D.

Mata pertama hadir menerusi pasangan bergu muda campuran negara, Hoo Pang Ron – Cheah Yee See yang menundukkan gandingan ranking ke tujuh dunia, Marcus Ellis – Lauren Smith.

Tewas dalam pertemuan sulung pada 2018 di Spain Masters, Hoo Pang Ron – Cheah Yee See tampak menyimpan detik ini untuk membalas dendam.

Pertarungan bagaimanpun bukan mudah dimana Marcus dan Lauren mempamer tempo permainan yang tinggi, namun ia bukan halangan buat bergu negara yang kental menyerap asakan.

Pang Ron dan Yee See melangkah keluar dari gelanggang dengan kemenangan straight set 21-19, 21-18 untuk menyumbang mata penting pertama negara.

Perseorangan lelaki, Lee Zii Jia tidak berdepan masalah untuk menyumbang mata kedua negara selepas menang straight set ke atas Johnnie Torjussen 21-4, 21-15 dalam masa 28 minit.

Bergu lelaki negara, Aaron Chia – Soh Wooi Yik juga menepati ramalan untuk menyumbang mata seterusnya sekaligus Malaysia selesa mendahului 3-0 selepas dipaksa bekerja keras untuk menundukkan gandingan Ben Lane – Sean Mendy straight set 22-20, 21-18.

Perseorangan wanita, S Kisona gagal untuk menyaingi Abigail Holden apabila tumpas 16-21, 20 -22 sekaligus memberikan 1 mata untuk England.

Malaysia menutup aksi pembukaan kumpulan D dengan kemenangan 3-2 selepas bergu wanita, Pearly Tan – M Thinaah tumpas dalam aksi 3 set 18-21, 21-17, 10-21.

Malaysia akan berdepan Mesir esok untuk memburu kemenangan kedua dalam saingan kumpulan D

 

 

 

 

 

- Advertisement -