Atasi TNB 4-3 menerusi penentuan penalti
UniKL mengorak langkah awal dalam misi meraih kesemua tiga piala dalam Liga Hoki Malaysia (TNB MHL) 2021 apabila menjulang Piala Sumbangsih mengatasi Tenaga Nasional Berhad (TNB) menerusiĀ Ā penentuan penalti (penalty shoot-out)Ā di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil malam ini.
Perlawanan masa penuh berkesudahan tanpa jaringan dan memaksa perlawanan ditentukan menerusi pukulan penentuan penalti.
Kemenangan itu bermakna skuad UniKL yang dikendali jurulatih Megat Azrafiq Megat Termizi kini berada di landasan terbaik untuk mengulangi pencapaian trebleĀ Ā ā Piala Sumbangsih, Liga dan Piala TNB ā musim lepas.
Dalam saingan penentuan penalti, keputusan masih tidak berubah apabila kedua-dua pasukan terikat 3-3 dan memaksa penentuan keputusan secara āsudden deathā.
Kapten pasukan Muhammad Marhan Jalil muncul wira UniKL apabila bijak mengelirukan penjaga gawang TNB Mohamad Hairi Abdul Rahman dalam penentuan āsudden deathā untuk membantu menjulang UniKLĀ Ā dengan keputusan penuh 4-3.
Keputusan itu juga bermakna kedua-dua UniKL dan TNB masing-masing berkongsi satu mata dalam Liga.
Sepanjang 60 minit permainan, nyata TNB menguasai permainan dalam bermula dari suku pertama tetapi sering dihampakan dengan penyudahan yang lemah.Ā Ā TNB mempunyai sekurang-kurang tiga peluang keemasan menerusi Muhammad Firhan Ashari dan Norsyafiq Sumantri namun ketangkasan penjaga gawang kebangsaan UniKL, Adrian Andy Albert nyata menjadi halangan terbesar.
Gandingan pemain berpengalaman Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abdul Jalil, Muhammad Razie Rahim dan Muhammad Marhan Jalil juga gagal membolosi pertahanan TNB.
Separuh masa kedua menyaksikan TNB terus menekan UniKL tetapi gagal mengambil kesempatan biarpun pada satu ketika, UniKL terpaksa bermain tanpa Baljit Singh yang dilayang kad kuning.
Pada penentuan penalti, UniKL berjaya menjaringkan gol menerusi Izwan Firdaus, Muhammad Marhan Jalil dan Havinder Singh manakala TNB menerusi Nik Muhammad Aiman Nik Rozemi, Norsyafiq Sumantri dan Muhammad Firhan Ashari.
Jurulatih UniKL Megat Azrafiq nyata lega dengan kejayaan tersebut sambil menyifatkannya sebagai langkah awal untuk merealisasikan sasaran mempertahankan kejayaanĀ trebleĀ musim lepas.
āAmat lega sekali dapat mempertahankan kejuaraan Piala Sumbangsih biarpun TNB memang beri tentangan amat sengitā¦ tempo permainan amat tinggi dan kami agak sukar untuk membalas serangan dan terpaksa banyak bertahan. Untuk perlawanan seterusnya, kami perlu lebih fokus,ā kata beliau.
Ā
JADUAL PERLAWANAN:Ā
AHAD, 14 Mac:Ā
THT mln UniKL (6 ptg) NHS 1
UiTM mln Maybank (6 ptg) NHS 2
Sabah mln TNB Thunderbolts (8 mlm) NHS 1
Nurinsafi HT/Sports mln TNB (8 mlm) NHS 2