Misi memburu slot final skuad Piala Thomas negara berakhir malam tadi apabila tewas 2-3 di tangan India diperingkat suku akhir malam tadi
Momentum kemenangan ke atas Jepun dalam aksi terakhir peringkat kumpulan D tampak gagal diteruskan ketika Malaysia turun berdepan naib juara kumpulan C, India.
Lee Zii Jia terus mempamer permainan konsisten dan terus menyumbang mata selaku perseorangan pertama negara selepas menundukkan Laksya Sen 23-21, 21-9.
Gandingan Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani bagaimanapun terpaksa akur melepaskan mata kepada pasangan S Rankireddy-Chirag Shetty 21-19, 21-15 sekaligus India mengikat kedudukan 1-1.
K Srikanth meletakkan India didepan 2-1 selepas menundukkan Ng tZe Yong 21-11, 21-17 namun gandingan scratch Aaron Chia-Teo Ee Yii kembali menyuntik semangat juang negara selepas menundukkan Krishna Prasad Garaga-Vishnuvardhan Goud Panjala 21-19, 21-17.
Sandaran terakhir negara, Leong Jun Hao gagal untuk menyumbang mata penting negara sekaligus mengesahkan slot ke separuh akhir selepas kecundang di tangan HS Prannoy 21-13, 21-8.
Tiga lagi pasukan yang mengesahkan slot ke separuh akhir, Jepun, Denmark, dan Indonesia