Oleh Ku Mohd Lufti
Kekalahan kepada China tidak perlu lagi difikirkan skuad piala Uber negara dan barisan kejurulatihan perlu mempersiapkan pemain untuk berdepan Denmark.
Jurulatih wanita negara, sebelum ini berpendapat, peluang Malaysia untu mengatasi Denmark adalah seimbang kerana kedua duanya mempunyai lawan yang hampir sama taraf dan kemahiran.
Mahu atau tidak, Malaysia perlu menang ke atas Denmark dalam aksi kedua kumpulan A untuk menghidupkan peluang memburu slot suku akhir.
Jelas sekali Tee Jing Yee perlu memastikan kemenangan ke atas pemian ranking ke 27 dunia Line Kjaersfeldt untuk menyuntik semangat rakan sepasukan.
Di atas kertas, kelebihan mungkin memihak Jing Yee yang menghuni ranking ke 29 dunia selepas melakar kemenangan ke atas lawan yang sama ketika Piala Uber 2014.
Malah, perseorangan kedua, Goh Jin Wei juga perlu untuk memastikan kemenangan pertama Malaysia.
Jin Wei dijangka berdepan Anna Thea Madsen yang dilihat mempunyai kelebihan selepas berjaya memberikan mata untuk Denmark, menewaskan perseorangan kedua Sepanyol, Beatriz Corrales.
Hanya yang perlu difikirkan barisan kejurulatihan adalah beregu negara yang tampak belum memberikan persembahan yang mantap.
Selain kesilapan gagal bermain di jaring, keserasian dilihat masih belum sebati diantara gandingan Vivian Hoo Kah Mun, Woong Khe Wei dan Chow Mei Kuan , Lee Meng Yean.
Masalah komunikasi jelas member peluang mudah kepada lawan untuk meraih mata dan ia telahpun terbukti ketika kedua dua beregu ini diturunkan ketika menentang China pada Ahad.
Malah, mental pemain perlu dipertingkatkan agar sifat gopoh untuk mematikan permainan atau killing the game tidak memakan diri.
Ini merupakan kelemahan utama khususnya pemain pemain muda ketika dalam situasi menghampiri mata penamat.
Malaysia menghuni tangga tercorot kumpulan A selepas gagal meraih mata ketikan tewas kepada China dalam aksi pembukaan Kumpulan A.