Aksi pembukaan Piala Uber melibatkan pasukan Malaysia tampak bermula positif apabila meraih mata pertama menerusi aksi perseorangan.
Sonia Cheah yang diberi peranan untuk mengetuai jentera kem Malaysia ketika berdepan Indonesia nyata tidak menghampakan.
Berdepan Fitrianti Fitrianti, Sonia bagaimanapun kecundang 10-21 di set pertama susulan gagal membaca gerakan lawan.
Namun, beliau bangkit dengan aksi yang lebih kemas untuk menguasai set kedua sekaligus melakar kemenangan 21-17 di set kedua dan beraksi ke set penentuan.
Sonia tampak semakin yakin dan selesa mengawal gelanggang di set penentuan untuk menutup saingan dengan kemenangan 21-14 selepas bertarung hampir sejam sekaligus meletakkan Malaysia mendahului Indonesia 1-0.