Pasukan Petaling Jaya (PJ) City FC memilih Negeri Sembilan sebagai pusat latihan sebagai persiapan mengharungi saingan Piala Malaysia yang akan bermula awal November depan.
Pengendalinya, K Devan sesi latihan diadakan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Seremban tidak lama selepas Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan di Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya mulai 14 Oktober lepas.
Tambah Devan lagi, bagi memudahkan pergerakan pemain pemain, mereka diberikan surat kebenaran untuk berulang alik bagi menjalani latihan setiap hariÂ
Saingan Liga Super, The Phoenix menamatkan musim 2020 ditangga keenam. Namun senario bagi Piala Malaysia nyata berbeza untuk K Devan kerana tentangan yang bakal diterima lebih sengit selain mengharapkan ‘tuah’ memihaknya ketika sesi undian nanti.
Malah, dua kemenangan yang diraih dalam dua perlawanan terakhir diharap sedikit sebanyak memberi impak yang positif terhadap semangat juang pemain pemain untuk terus memberikan yang terbaik.
Dalam pada itu, Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA) masih menanti jawapan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk meluluskan sesi latihan di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras.
Susulan kenaikan kes jangkitan Covid 19, prosedur operasi standard (SOP) menetapkan hanya 10 orang sahaja dibenarkan untuk menjalani latihan secara tertutup.
Perancangan KLFA untuk membentuk tiga kumpulan kecil untuk menjalani latihan sebagai langkah mematuhi SOP yang telah ditetapkan jika kebenaran untuk menjalani latihan di Cheras.