Pasukan berstatus kelab, PJ City FC mensasarkan untuk menamatkan saingan Liga Malaysia di kelompok lima teratas bagi saingan musim 2020.

Sasaran itu disuarakan Presiden PJ City FC, Datuk Seri Subahan Kamal yang melihat objektif yang diletakkan kepada skuad kendalian K Devan adalah sesuai berdasarkan prestasi semasa.

Kita PJ City FC ada falsafah di mana kita bermula dari bawah dan sasaran tahun ini untuk mencapai sasaran lima pasukan terbaik liga serta juga beraksi dengan baik pada saingan Piala Malaysia dan Piala FA.

“Memang betul kita nak berjaya dalam liga, tetapi kita pun nak pastikan jika ada rezeki sekiranya kita bermain dengan baik, tanggungjawab jurulatih untuk membawa pasukan ke Piala AFC,’

PJ City FC menamatkan saingan Liga Super pada 2019 di kedudukan kelapan keseluruhan dengan 26 mata hasil lapan kemenangan dua keputusan seri dan 12 kekalahan.

Meskipun gagal meraih sebarang trofi musim lalu, PJ City tetap dilihat antara pasukan yang berjaya mencipta kejutan ke atas pasukan pasukan gergasi.

 

 

Bagi musim 2020, K Devan mahukan aksi yang konsisten sepanjang musim kerana baginya tidak berbaloi jika pasukannya melakar kejutan ke atas pasukan gergasi, namun tumpas di tangan pasukan yang berada di kedudukan terbawah.

PJ City FC petang tadi melancarkan jersi ‘Home’ dan ‘Away’ bagi saingan musim 2020 yang ditaja oleh pengeluar jenama pakaian sukan, PUMA.

Majlis yang dihadiri Pengerusi Eksekutif Kumpulan QI, Datuk Sri Vijay Eswaran, Pengerusi Kumpulan QI Malaysia, Tan Sri Megat Najmuddin Megat Khas dan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin turut diperkenalkan barisan pemain pemain yang menggalas tugas bagi musim 2020.

 

- Advertisement -