Oleh Ku Mohd Lufti
Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) tampak tidak mempunyai program untuk memastikan Malaysia melayakkan diri ke Sukan Olimpik 2020 selepas gagal pada tahun ini.
Dengan kapasiti sebagai presiden Konfederasi Asia (ACC), Datuk Abu Samah Wahab meluahkan kerisauan oleh Setiausaha Agung ACC, Choi Boo Wong kegagalan Malaysia layak ke Rio 2016.
âPerkara ini dibangkitkan oleh Choi sendiri dalam sesi perbincangan sewaktu Kejohanan Lumba Basikal Bukit Asia 2016 di Chai Nat, Thailand. ACC meluahkan pertanyaan ini dan bersedia untuk membantu MNCF dalam mengejar impian layak ke Sukan Olimpik 2020 di Tokyo nanti. Choi percaya skuad lebuh raya mampu untuk mengulangi pencapaian layak ke Sukan Olimpik sekiranya semua pihak tampil membantu MNCF. Dalam hal ini, saya bersetuju dengan kenyataan Choi dan anggap ia satu cabaran baru buat saya,” kata Datu Abu Samah.
Kali terakhir skuad lebuhraya Malaysia layak ke sukan Olimpik adalah pada 2012 menerusi Mohd Adiq Hussaini Othman dan Amir Mustafa Rusli.
Malaysia sebelum ini pernah menjadi salah satu negara pilihan yang mendominasi sukan berbasikal lebuhraya dan setanding dengan negara negara seperti Jepun, Korea Selatan, Iran dan Kazakhtan.
Namun, segalanya semakin suram tanpa khabar berita selepas PKBM berdepan penggantungan susulan salah guna kewangan yang diperuntukkan kerajaan.
Malah, PKBM tampak tidak mempunyai perancangan sendiri untuk merealisasikan impian layak secara merit ke Olimpik 2020.
Segalanya seakan akan diserahkan kepada pasukan berstatus benua dari pantai Timur, Terengganu Cycling untuk merencana dan membentuk pelumba yang mantap.