Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin yassin mengumuman Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang akan bermula dari bermula jam 12.01 pagi Rabu pada 13 Januari sehingga 26 Januari 2021 melibatkan enam negeri sekaligus bakal manyaksikan beberapa acara sukan terpaksa ditunda.

“Pertama, PKP ke atas enam (6) buah negeri iaitu Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan), Melaka, Johor dan Sabah.

“Kedua, PKP Bersyarat (PKP-B) ke atas enam (6) buah negeri iaitu Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Kelantan.

“Ketiga, PKP Pemulihan (PKP-P) pula akan dilaksanakan bagi negeri Perlis dan Sarawak dan akan diteruskan sepanjang tempoh tersebut,” kata Muhyidin menerusi Perutusan Khas Perdana Menteri petang tadi.

Antara yang terkesan dengan perlaksanaan PKP adalah saingan TNB Liga Hoki Malaysia 2021 yang dijadual bermula pada 14 Januari depan.

Pengumuman mengenai status saingan TNB MHL 2021 akan diadakan esok di Bukit Jalil oleh Konfederasi Hoki Malaysia (KHM).

Turut sama terkesan, saingan Piala Juara-Juara STL .

Andai PKP dan perlaksanaan larangan merentas negeri dan daerah disambung, beberapa acara sukan lain termasuk saingan Liga Malaysia 2021 yang dijadual berlangsung pada Februari berkemungkinan untuk berdepan penundaan andai kes jangkitan Covid 19 harian masih menunjukkan peningkatan.

 

 

- Advertisement -