Sabah kekang Young Tigress, UNIKL Ladies Dahului Liga
Penyerang kebangsaan Nurmaizatul Hanim Syafi Shiek Fuad menjadi penyelamat PKS Uniten-KPT apabila memngemudi pasukan pilihan itu seri 2-2 ketika menentang PDRM Blue Warriors pada perlawanan pertama Liga Hoki Malaysia (Wanita) 2021 di Stadium Hoki Nasional malam tadi.Â
Kedua-dua pasukan terpaksa berpuas hati berkongsi satu mata selepas kempen pertama yang menyaksikan perlawanan yang menarik dan seimbang.  Selepas suku pertama tanpa gol, Fatin Shafika Mohd Sukri terlebih dahulu meletakkan PDRM Blue Warriors di depan menerusi jaringan padang pada minit ke-19. Â
PKS Uniten tidak menunggu lama untuk bangkit menyamakan kedudukan sebelum berakhirnya separuh masa pertama menerusi jaringan padang Nuraslinda Said.Â
PDRM kembali menyusun gerakan pada suku keempat dan berjaya mengkucar-kacirkan pertahanan Uniten dengan gerakan kemas dan pantas. Percubaan PDRM akhirnya berhasil apabila Nur Syafiqah Mohd Zain membolosi gol menerusi pukulan sudut penalti pada minit ke-46.Â
Begitu pun, kegembiraan PDRM hanya bertahan empat minit selepas Nurmaizatul Hanim menggegar gawang PKS-Uniten untuk memastikan keputusan akhir 2-2 dan membolehkan kedua-dua pasukan berkongsi satu mata pada pada kedudukan ke-3 dan ke-4 Liga.Â
Dengan baki lima perlawanan, PKS Uniten perlu memastikan tidak lagi tercicir mata penuh pada pelawanan seterusnya.  Hakikat ini diakui jurulatih PKS Uniten PKP Lailin Abu Hassan yang berpuas hati dengan keputusan perlawanan dan prestasi anak-anak buahnya yang nyata komited mencari gol walaupun dua kali ketinggalan di belakang PDRM.Â
“Pemain saya nyata komited dan berjaya samakan kedudukan setiap kali ketinggalan gol. Kita tidak boleh tercicir mata pada setiap perlawanan kerana format liga satu pusingan musim ini yang amat mencabar musim ini,” kata beliau.Â
Young Tigress 1 – Sabah 2
Dalam pada itu, jaringan Melanie Juim pada separuh masa kedua membolehkan Sabah memulakan kempen dengan kemenangan 2-1Â Â ke atas Young Tigress yang melakukan penampilan sulung dalam Liga.Â
Sabah, yang ketinggalan pada minit ke-12 apabila penyerang Young Tigress Dayang Nuramirah Abang Mahadani menggegar gawang menerusi jaringan sudut penalti,  berjaya mengawal tempo permainan menjelang berakhir separuh masa pertama.Â
Gol penyamaan menerusi jaringan padang Nor Asfarina Isahyifika Isahhidun pada minit ke-28 menyemarakkan semangat Sabah untuk memastikan kemenangan dan mengutip mata penuh.Â
Gerakan serangan dari sebelah kanan pada awal separuh kedua membolehkan Melanie Juim meloloskan diri dari benteng Young Tigress untuk menyempurnakan peluang pada minit ke-33 bagi membolehkan Sabah berada di depan.Â
Young Tigers bimbingan A. Kannagi cuba bangkit dengan menguasai semula pergerakan sepanjang suku terakhir tetapi Sabah cekal memastikan benteng ampuh untuk menidakkan percubaan Young Tigers hingga wisel penamat.Â
Sabah yang dibimbing bekas pemain kebangsaan Yahya Atan kini di tangga kedua selepas UniKL dengan tiga mata sama tetapi berbeza jaringan gol.  Sabah seterusnya berpeluang mengukuhkan kedudukan apabila berdepan Mutiara Juniors yang dibelasah 17-0 oleh UniKL pada perlawanan sebelum itu. Â
UniKL Ladies 17- 0 Mutiara Juniors PSHA
UniKL Ladies membuka kempen sulung dengan kemenangan besar 17-0 ke atas skuad muda Mutiara Juniors PSHA dalam satu perlawanan berat sebelah yang sebelum itu tertangguh ekoran hujan lebat di gelanggang perlawanan.Â
Menurunkan barisan terkuat pada penamplan pertama dalam Liga, UniKL Ladies, yang dibarisi enam pemain kebangsaan, nyata sekali bukan tandingan barisan muda Mutiara Juniors yang terpaksa akur dengan kekuatan lawan mereka.
Jaringan hatrik penyerang kebangsaan Nuraini Abd Rashid (minit ke-3, 5, 56) dan Hanis Nadiah Onn (minit 29, 44, 54) membantu kemenangan besar UniKL yang meletakkan mereka sebagai pendahulu liga dengan kelebihan gol.Â
Dua gol masing-masing yang disumbang Nuramirah Shakirah Zulkifli (minit 8, 46), Nur Afikah Syahzani Azhar (21, 49), Siti Azlinda Atan (37, 50), Nur Atira Ismail (39, 60) dan Tuan Nurhidayah Tuan ismail (19, 41) manakala jaringan padang Norazlin Sumantri pada minit ke 55 melengkapkan jurang jaringan besar kepada UniKL Ladies.Â
UniKL Ladies bakal berhadapan cabaran sebenar apabila turun menentang PDRM Blue Warriors pada Rabu ini (17 Mac).Â
Bagi Jurulatih UniKL Roslan jamaluddin, kemenangan dengan jaringan besar dalam perlawanan pembukaan hari ini amat penting untuk memastikan kedudukan  selesa terutama dalam saingan liga satu pusingan. Â
“Memang kita mencari gol sebanyak mungkin untuk meletakkan kami dalam keadaan selamat apabila keadaan memerlukan nanti. Secara keseluruhan, permulaan yang baik dan semua pemain diberikan peluang untuk beraksi,” kata beliau.Â
Penjaring hatrik Hanis Nadia Onn pula menyifatkan kemenangan besar itu sebagai permulaan baik untuk mencapai sasaran sekurang-kurangnya satu piala musim ini.
“Jaringan gol yang besar ini amat penting untuk kami memastikan kedudukan dan menaikkan semangat  perlawanan seterusnya,’ kata beliau yang juga meletak sasaran peribadi untuk muncul sebagai penjaring terbanyak.Â
KEPUTUSAN PENUH:
UniKL Ladies 17-0 Mutiara Juniors PSHA
Sabah 2-1 Young Tigress
PKS Uniten-KPT 2 – 2 PDRM Blue Warriors
JADUAL PERLAWANAN:
Rabu, 17 Mac 2021
PDRM Blue Warriors mln UniKL Ladies (6 ptg) NHS 1
Sabah mln Mutiara Juniors PSHA (6 ptg) NHS 2
Young Tigress mln PKS Uniten-KPT (8 mlm) NHS 1