Pemain pemain pilihan menepati ramalan selepas melakar kemenangan dalam aksi pembukaan peringkat kumpulan playoff 100PLUS Cabaran Ranking Remaja Kebangsaan 2020.
Saingan kumpulan A&B perseorangan lelaki menyaksikan V Poopathi dan Eogene Ewe Eon mengungguli dua kedudukan teratas selepas melakar kemenangan ke atas lawan masing masing.
V. Poopathi dipaksa bekerja keras sebelum menundukkan Dylan Ooi Ding Sheng straight set 21-19 22-20.
āKemenangan hari ini amat bermakna untuk menaikkan semangat saya dan menaikkan tahap keyakinan serta mengukuhkan lagi corak permainan untuk perlawanan seterusnya.
āWalaupun bermain dengan baik saya agak gugup kerana di awal banyak melakukan kesilapanĀ tetapi berjaya mengawal dan mengurangkan kesilapan,ā kata Poopathi.
Manakala Eogene kehilangan rentak dibabak pertama, namun bangkit di dua set berikutnya untuk menundukkan Anson Cheong 18-21 21-16 21-11.
āSet pertama agakteruk dan banyak beri ruang mudah kepada lawan untuk mencari mata.
āKeadaan fizikal saya lebih baik berbanding pertandingan dua minggu lalu dan akan cuba tingkatkan lagi untuk perlawanan seterusnya,ā kata Eogene.
Siti Nurshuhaini Azman dan Khor Jing Wen pula mengetuai cabaran bagi perseorangan perempuan kumpulan A&B.
Khor Jing Wen bermula dengan langkah kanan selepas menundukkan Loh Zhi Wei straight set 21-7, 22-20.
āSaya berikan apa yang telah dilakukan sepanjang sesi latihan di kejohanan ini dan ia nyata berkesan.
āKemenangan ini memberikan tekanan tetapi saya akan tetap mencari kemenangan dalam setiap perlawanan dan mahu kekal dalam kumpulan A,ākata Jing We.
Manakala Siti Nurshuhaini tidak berdepan masalah untuk menundukkan Joanne Ng May YinĀ dalam aksi pembukaan dengan kemenangan straight set 21-11, 21-9.
āPermainan saya agak konsisten kerana berjaya baca cara permainan lawan dan dia tampak belum panas.
āKemenangan pastinya berikan keyakinan untuk saya memburu kemenangan di perlawanan seterusnya,ā kata Shuhaini.
Sementara itu, Ferdinan Ramno dan Low Han Cheng cemerlang selepas melakar kemenangan ke atas lawan masing masing dalam saingan kumpulan B & C Perseorangan Lelaki.
Ferdinan Ramno menang ke atas Lok Hong Quan 21-16, 24-22, sementara Low Han Chen dipaksa bertarung tiga set sebelum menundukkan Aaron Tai15-21, 21-14, 21-7.
Kumpulan B & C Perseorangan perempuan pula menyaksikan kemenangan memihak kepada Carmen Ting yang menang ke atas Tan Shen Thing 17-21, 21-8, 21-10 sementara Oo Shan Zi menundukkan Chong Jie Yu 18-21, 21-11, 21-10
Kejohanan Playoff 100PLUS Cabaran Ranking Junior Kebangsaan 2020 bermula dari 4 hingga 6 November di Stadium Juara Bukit Kiara.
24 pemain yang terdiri daripada dua pemain terbaik bagi kumpulan B, C dan D perseorangan lelaki dan perempuan akan bersaing dengan dua pemain tercorot bagi kumpulan A, B,C dan D ketika saingan 100PLUS Cabaran Ranking Junior Kebangsaan 2020 Oktober lalu menerusi format round robin di perlawanan playoff kali ini untuk menentukan ranking pemain pemain.
PertandinganĀ akan dilangsungkan secara tertutup melibatkan pemain pemain remaja yang kembali menjalani latihan secara berperingkat di Akademi Badminton Malaysia, ABM pada Julai lalu.
Keputusan Perlawanan Playoff
Kumpulan C & D Perseorangan PerempuanĀ
Noraqilah Maisarah Ramdan – Tan Zhing Hui (Walkover)Ā
Shaneesa Shahidi – Wong Lily (21-15, 21-16)Ā Ā
Kumpulan C & D Perseorangan Lelaki
Kee Is Qian – Lee Yen Wei (21-19, 13-21, 21-17)
Kong Teck Joon – V Tamilarasukumar (21-9, 21-12)Ā
Kumpulan B & C Perseorangan PerempuanĀ
Carmen Ting – Tan Shen Thing (17-21 21-8 21-10)Ā Ā
Oo Shan Zi – Chong Jie Yu (18-21 21-11 21-10)
Kumpulan B & C Perseorangan Lelaki
Low Han Chen – Aaron Tai (15-21 21-14 21-7)Ā
Ferdinan Ramno – Lok Hong Quan (21-16 24-22)Ā
Kumpulan A & B Perseorangan PerempuanĀ
Khor Jing Wen – Loh Zhi Wei (21-7 22-20)
Siti Nurshuhaini Azman – Joanne Ng May Yin (21-11 21-9)Ā
Kumpulan A & B Perseorangan Lelaki
V Poopathi – Dylan Ooi Ding Sheng (21-19 22-20)Ā
Eogene Ewe Eon – Anson Cheong (18-21 21-16 21-11)