Majlis Olimpik Filipina (POC) terus mendapat sokongan tajaan ke arah persiapan untuk menganjurkan Sukan SEA ke 30 tahun depan.
Persatuan Bola keranjang Filipina (PBA) menyerahkan dana sejumlah 46 juta Peso (RM 3.5juta) kepada POC.
Penyerahan tajaan daripada PBA disempurnakan Pesuruhjayanya Willie Marcial kepada Presiden POC Ricky Vargas.
20 juta peso masing masing daripada San Miguel Corporation (SMC) dan MVP sports Foundation (MVPSF) manakala 12 pasukan yang bernaung dibawah PBA masing masing menyumbang 500 000 peso.
Menerusi laporan media tempatan, Ricky Vargas berkata segala peruntukkan akan dimanfaatkan untuk program pembangunan dan persiapan atlet atlet menerusi kerjasama dengan persatuan sukan ke arah Sukan SEA dan sukan Asia.
Tambahnya lagi, perbincangan secara terperinci tentang program dan sukan yang akan dipilih telah pun diadakan dimana tajaan akan berada dibawah seliaan SMC.
Manakala MVPSF akan merangkumi program melibatkan insentif kepada atlet yang berpotensi menjadi penyumbang pingat kepada Filipina.