Selepas tamat perjuangan kontinjen Malaysia di Sukan SEA ke 29 Ogos tahun lalu, tiada istilah rehat buat atlet yang berhasrat untuk meletakkan namanya di dalam senarai kontinjen ke Sukan Komanwel 2018 di Gold Coast, Australia.

Selepas proses saringan daripada pihak tertentu, 178 atlet telah disenarai akhir untuk membawa cabaran Malaysia dan beraksi dalam 15 jenis sukan bermula esok.

Selepas dilancarkan pada Februari 2016, Program Podium bakal menerima ‘cabaran’ sebenar selepas tamat saingan Sukan Komanwel edisi ke 21 nanti.

Sasaran ‘selamat’ yang ditetapkan iaitu 10 terbaik perlu direalisasikan oleh atlet dan barisan kejurulatihan atau bakal berdepan kritikan pelbagai pihak.

Peruntukkan yang besar telah disalurkan kepada Program Podium, pengurusan perlu membuktikan sasaran 10 terbaik selain mengatasi keputusan enam pingat emas yang dicapai di Glasgow empat tahun lalu adalah KPI yang paling minima.

Barisan atlet yang diturunkan tidak banyak berubah seperti edisi edisi sebelumnya, dimana atlet yang pertama kali beraksi selepas memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh panel pemilihan berdasarkan pencapaian di kejohanan kejohanan terdahulu.

Tidak dilupakan kepada atlet yang pernah beraksi dimana mereka turun dengan misi membalas dendam diatas kekalahan pada edisi lalu atau mempertahankan pingat yang dimenangi.

Badminton dan terjun terus menjadi sandaran dalam misi membutirkan pingat emas diikuti acara berbasikal trek, dan olahraga.

Kontinjen Malaysia seharusnya mempunyai sasaran yang khusus jika benar mahu menjaga kredibiliti Majlis Sukan Negara, Institut Sukan Negara dan Kementerian Belia dan Sukan khususnya.

Jangan jadikan peristiwa empat tahun lalu sebagai kayu ukur, tidak perlu lagi menoleh kebelakang, sebaliknya perkuatkan lagi segala aspek untuk membantu atlet negara.

Perjuangan kontinjen Malaysia memburu pingat pertama adalah pada esok menerusi acara angkat berat kategori bawah 56kg, Azroy Hazal Wafie Izhar Ahmad.

Untuk rekod, Malaysia telah menyertai 11 daripada 20 edisi Sukan Komanwel dan mengumpul 52 pingat emas, 60 pingat perak dan 69 pingat gangsa.

Sepanjang penyertaan di Sukan Komanwel, kontinjen Malaysia meraih 10 pingat emas di Kuala Lumpur (1998), tujuh emas di Melbourne, Australia (2006), di Delhi kontinjen negara melepasi sasaran ditetapkan dengan 12 pingat emas (2010), yang juga pencapaian terbaik negara setakat ini, sebelum merosot pada 2014 di Glasgow, dengan enam emas.

Temasya kali ini bermula dengan upacara perasmian esok di Stadium Carrara membabitkan 6,600 atlet dan pegawai dari 71 negara yang akan mengambil bahagian dalam 275 acara dan mendapat liputan meluas hampir 8,000 media elektronik dan cetak.

JADUAL PERTANDINGAN (ATLET MALAYSIA)

GC2018 – MAS IN ACTION (05.04.2018)

- Advertisement -