Tadej Pogacar sekali lagi menunjukkan prestasi yang menakjubkan apabila beliau memenangi Peringkat 5 Ujian Masa Individu di Tour de France 2021 – 27.2km dari ChangĂ© ke Laval.
Berpakaian serba putih, Pogacar tidak berjaya menyarung jersi kuning pada kesempatan ini, kerana Mathieu van der Poel (Alpecin-Fenix) melancarkan pertahanan yang sama luar biasa dari keseluruhan pendahuluan.
Akan tetapi juara bertahan Pogacar tetap memberi tamparan hebat pada saingannya untuk merebut gelaran juara kesulurahan.
Juara Eropah Stefan KĂĽng (Groupama-FDJ) hampir melihat kemenangan teratas podium sebelum PogaÄŤar memecut enam saat lebih pantas di titik pertama.
Pelumba 22 tahun dari Slovenia tu langsung melintasi garis penamat dengan bergaya dengan catatan masa 32minit.
“Saya hanya berasa selesa dengan basikal TT seminggu sebelum TDF, dan saya benar-benar tidak mengharapkan jurang yang besar. Saya tahu saya dapat memperoleh hari yang baik hari ini,” kata Pogacar. – Oleh Akira Wong