Oleh Ku Mohd Lufti
Malah, Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) diberi mandat untuk memilih pemain tempatan dan import serta pegawai untuk pasukan Kelantan pada musim depan.
Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa mengadakan pertemuan dengan Popov untuk mendapatkan pandangan tentang pasukan Kelantan.
“Bersembang panjang bersama Popov petang ini (semalam) dan mendengar laporan, teguran (dan) cadangan untuk The Red Warriors.
“Popov dilantik semula sebagai ketua jurulatih TRW (The Red Warriors) 2017… dan diberi kuasa penuh memilih pegawai dan pemain (import dan tempatan) untuk skuad 2017,” kata Tan Sri Annuar Musa menerusi entri di laman sosial Facebooknya.
KAFA turut berpuas hati dengan komitmen Popov musim 2016 sekaligus menolak khabar angin Popov mahu meninggalkan pasukan Kelantan kerana kecewa dengan campur tangan terhadap tugasnya.
Tan Sri Annuar turut mengesahkan beberapa tonggak TRW mungkin tidak akan bersama Popov dan rakan rakan lain.
Antara pemain yang disebut-sebut, bakal ‘angkat kaki’ ialah Wan Zack Haikal Wan Noor, Mohd Badri Mohd Radzi dan Wan Zaharulnizam Wan Zakari, Nor Farhan Muhammad, Khairul Fahmi Che Mat, Brendan Gan dan Indra Putra Mahayuddin.
Lebih memburukkan keadaan, khabar angin itu turut mendakwa penaja terbesar The Red Warriors, Vida Beauty Sdn Bhd turut mengambil keputusan tidak lagi menaja pasukan itu pada musim depan kerana kecewa dengan prestasi dan kemerosotan skuad tersebut.