Oleh Muhammad Aiman
Prestasi positif Kedah yang mengharungi tujuh perlawanan pra-musim tanpa tewas menyuntik keyakinan kepada jurulatihnya, Tan Cheng Hoe betapa mereka mampu memberi cabaran serius di dalam memburu kejuaraan Liga Super musim 2017.
Cheng Hoe yang menandatangani kontrak baru bersama Lang Merah bulan lalu berkata, âKurang 10 hari lagi Liga Super musim baru akan bermula dan saya merasakan pemain-pemain sudah mendapat rentak permainan mereka dan berada dalam tahap kecergasan yang sebaiknya setelah mengharungi tujuh perlawanan.
âPersefahaman antara pemain lama dan baru juga semakin bertambah baik. Masing-masing dilihat cepat serasi. Ini juga dapat membantu memberikan saya gambaran lebih jelas mengenai kesebelasan utama yang akan diturunkan.
âSaya tidak melihat pada keputusan sebaliknya peningkatan ditunjukkan pemain dari segi fizikal dan stamina agar mereka dapat membuka kempen Liga M dalam keadaan benar-benar bersedia,â katanya.
Kedah yang tidak membuat banyak rombakan dalam senarai pemain mereka, mencatat lima kemenangan dan dua seri dalam tujuh perlawanan dengan aksi pra-musim terakhir yang berlangsung Rabu, Kedah menewaskan Felcra FC 2-0 di Stadium Universiti Malaysia menerusi jaringan Syafiq Ahmad dan Ken Ilso.
Sebelum itu mereka menang 2-1 ke atas Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP), dua kali menewaskan Perlis dengan keputusan 2-1 dan 4-1 dan menewaskan PDRM 4-1 manakala dua keputusan seri dicatat ketika terikat tanpa jaringan menentang PKNS dan 1-1 menentang Terengganu.
Menariknya, Fakri Saarani yang tidak beraksi bersama Kedah sejak Julai 2016 kerana dipinjamkan ke Felda menjadi antara pemain paling menyerlah ketika pra-musim dengan menjaringkan lima gol secara keseluruhan. Â
Kedah akan membuka tirai 2017 dengan menentang juara Liga Super, Johor Darul Takzim dalam aksi Piala Sumbangsih di Stadium Larkin, pada 20 Januari depan.