Atlet Negeri Sembilan mendominasi acara jarak jauh 5000 meter lelaki di Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia kali ke 49 yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil har ini.
Pingat emas dimenangi K Prabudas yang melakar masa 15 minit 19.55 saat mengenepikan rakan sepasukan R Thevan yang menamatkan saingan selaku pemenang pingat perak dengan catatan masa 15 minit 20.44 saat.
Kemenangan yang diraih Prabudas bagaimanapun tidak memberikannya perasaan puas hati kerana gagal menyamai rekod peribadinya.
“Saya kecewa kerana matlamat ke sini adalah untuk menyamai rekod peribadi, tetapi tersasar jauh, walaupun kecewa , tetapi saya tetap puas hati kerana merasakan ada peningkatan dalam prestasi,”kata Prabudas.
Rekod Kebangsaan bagi acara 5000 meter lelaki dipegang Lee Bong Ju yang melakar masa 14 minit 21 saat.
Sementara itu acara 400 meter berpagar lelaki menyaksikan dominasi atlet dari negara Vietnam Quach Cong Lich.
Beliau melintasi garisan penamat selaku pemenang pingat emas dengan catatan masa 51.03 saat mengatasi atlet kelahiran Sarawak, Lee Yong Kuek yang berpuas hati dengan pingat perak dengan catatan masa 52.36 saat.
“Saya tidak berlari dengan baik hari ini, kerana catatan terbaik saya adalah 50.88 saat ketika di Sukan SEA 2015,”kata Quang.
Sukan SEA ke 29 Ogos nanti, beliau akan mengambil bahagian dalam acara 400 meter berpagar dan 4×400 meter, tidak mahu meletakkan sasaran dan hanya fokus pada persiapan dahulu.
“Semuanya Nampak seperti 50 50 untuk saya kerana pencabar utama adalah Filipina dan saya perlu memperbaiki teknik larian jika mahu mencapai yangterbaik.
Rekod kebangsaan bagi acara 400 meter berpagar lelaki dipegang Matthew Beckenham yang melakukan catatan masa 50.19 saat.
Mohd Farhan dari negeri Johor melengkapkan podium selaku pemenang pingat gangsa dengan catatan masa 52.64 saat. –Â OLEH KU MOHD LUFTI