Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini membebaskan Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Abu Samah Wahab.
Menerusi laporan Buletin Utama, Timbalan Ketua Pesuruhjaya Operasi SPRM, Datuk Seri Azam Baki mengesahkan, Abu Samah dibebaskan selepas tiga hari ditahan untuk disoal siasat.
Jelas Datuk Seri Azam, pegawai siastan berpuas hati dengan keterangan yang telah diberi oleh Abu Samah dan siasatan masih diteruskan dengan memanggil saksi saksi yang lain.
Abu Samah ditahan SPRM di kediamannya pda 30 Januari lalu selepas didapati menyalahguna kuasa terhadap pengagihan kontrak kepada ahli keluarga.
Pada Oktober 2014, KBS yang ketika itu diterajui Khairy Jamaluddin mengarahkan penggantungan ke atas PKBM selepas didapati bersalah kerana menyalah guna peruntukkan yang disalurkan oleh kerajaan dibawah Akta Pembangunan Sukan 1997.
Penggantungan itu bagaimanapun ditarik balik selepas KBS berpuas hati dengan pembetulan dan penjelasan yang telah dibuat oleh PKBM.
Pada Oktober 2017, PKBM sekali lagi mencetus ‘kemarahan’ KBS apabila tidak mengemukan memohon keizinan untuk membida dan menjadikan Malaysia sebagai tuan rumah Kejohanan Berbasikal Asia (ACC) 2018.