Selaku juara, Muar City membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM 1 juta manakala Petaling Jaya yang menamatkan cabaran selaku naib juara menerusi kemenangan ke atas Kelab Badminton Kepong, menerima RM400,000. Kredit Foto – www.1titan.com
Selaku juara, Muar City membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM 1 juta manakala Petaling Jaya yang menamatkan cabaran selaku naib juara menerusi kemenangan ke atas Kelab Badminton Kepong, menerima RM400,000. Kredit Foto – www.1titan.com

Resorts World Genting Purple League - logo W245Kelab Badminton Puchong United meranapkan impian juara bertahan, Kelab Badminton Muar City untuk mengakhiri saingan Resorts World Genting Purple League 2015 dengan rekod bersih apabila mencatat kemenangan sensasi 9-8 pada aksi terakhir yang juga penutup tirai Purple League di Arena of Stars, Genting.

Muar City yang sudahpun mengesahkan kejuaraan lebih awal pada minggu lalu setelah merekodkan sepuluh kemenangan berturut-turut, jelas tidak rela rekod sempurna dan malam kejayaan mereka dicalar Puchong United apabila bangkit dari ketinggalan 1-6 untuk mendahului 7-6 pada satu ketika yang memaksa pemenang ditentukan menerusi aksi terakhir.

Namun kudrat bintang veteran Korea, Lee Hyun Il jelas tidak berupaya untuk menandingi aksi pantas pemain meningkat naik dari Hong Kong, Angus Ng Ka Long yang mengatasi tekanan dan debaran untuk menang 3-1 (11-5, 4-11, 11-10, 11-8).

Pengurus Muar City, Huan Woon Han, jelas sedikit terkilan dengan kekalahan pasukannya yang mana menurutnya disebabkan kegagalan pemain perseorangan untuk menyesuaikan diri dengan gelanggang dan persekitaran sehingga tidak dapat menunjukkan prestasi sebenar mereka. 

“Kita sasarkan untuk muncul juara tanpa kalah, kita idamkan rekod sempurna. Jadi kita agak terkejut juga dengan kekalahan ini, tetapi pemain kita telah memberikan yang terbaik untuk cuba bangkit. Pemain kita sukar sesuaikan diri dengan gelanggang terutamanya pemain perseorangan.

“Pergerakan bulu tangkis cukup laju, memaksa mereka buat banyak kesilapan yang tidak sepatutnya, menolak bulu tangkis keluar gelanggang dan tidak berada pada prestasi sebenar mereka. Apapun Puchong telah beraksi baik dan beri saingan yang cukup hebat untuk menang pada hari ini,” jelas Woon Han.

Namun kudrat bintang veteran Korea, Lee Hyun Il jelas tidak berupaya untuk menandingi aksi pantas pemain meningkat naik dari Hong Kong, Angus Ng Ka Long yang mengatasi tekanan dan debaran untuk menang 3-1 (11-5, 4-11, 11-10, 11-8). Kredit Foto – www.1titan.com
Namun kudrat bintang veteran Korea, Lee Hyun Il jelas tidak berupaya untuk menandingi aksi pantas pemain meningkat naik dari Hong Kong, Angus Ng Ka Long yang mengatasi tekanan dan debaran untuk menang 3-1 (11-5, 4-11, 11-10, 11-8). Kredit Foto – www.1titan.com

Darren Liew yang kembali ke gelanggang buat pertama kali selepas berehat selama lebih dua bulan akibat kecederaan memberikan permulaan garang buat Puchong United apabila menewaskan Tan Chung Seang 3-0, dan Ayumi Mine melebarkan kelebihan menjadi 6-1 buat Puchong United menerusi kemenangan 3-1 ke atas Rusydina Antardayu.

Muar City seperti lazimnya menjelmakan kebangkitan menerusi beregu campuran Chan Peng Soon yang bergandingan dengan bekas pemenang emas Sukan Olimpik, Lee Hyo Jung untuk  menjadikan kedudukan 4-6.

Gandingan pemain beregu nombor satu dunia Lee Yong Dae dan pemain beregu nombor satu negara, Tan Wee Kiong kemudiannya memberikan mengikat kedudukan 6-6 dan memberi pendahuluan 7-6 kepada Muar City.

Pada ketika Hyun Il dijangka akan melengkapkan kebangkitan menarik Muar City untuk merekodkan kemenangan kesebelas berturut-turut, Ka Long tampil menghadiahkan kejutan dan merencatkan sambutan kemenangan Muar City.

Selaku juara, Muar City membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM 1 juta manakala Petaling Jaya yang menamatkan cabaran selaku naib juara menerusi kemenangan ke atas Kelab Badminton Kepong, menerima RM400,000.

Puchong United yang berada di kedudukan ketiga dengan kemenangan tipis ini membawa pulang RM200, 000. 

Pasukan yang menamatkan liga di kedudukan lapan teratas, akan berentap pada saingan Cabaran Juara-Juara Resorts World Genting yang akan berlangsung dari 12 – 17 Januari depan.

 

Kedudukan lapan terakhir RWGPL 2015

Pasukan                                              Mata

  1. Muar City BC                         106                 
  2. Petaling Jaya BC 47
  3. Puchong Jaya BC 36
  4. Cheras BC 23
  5. Petaling BC 14       
  6. Kepong BC 3
  7. Ampang Jaya BC 3
  8. Serdang BC -4
- Advertisement -