Oleh Muhammad Aiman
Seandainya benar jaguh badminton dunia, Datoâ Lee Chong Wei membuat keputusan menggantung raket selepas berakhir Kejohanan Dunia di Glasgow pada Ogos, maka keputusan itu perlu dihormati.
Pemain nombor satu dunia itu menyatakan hasrat mahu berundur selepas berakhirnya Kejohanan Dunia berikutan faktor usia baru-baru ini.
Justeru Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berpendapat mendesak Chong Wei agar jangan bersara dan teruskan bermain sehingga arena badminton negara menemui pengganti setanding, tidak akan membantu menyelesaikan masalah ketandusanbakatdalamsukanitu.
âChong Wei telah pernah mengatakan dia akan bermain selagi kudratnya boleh bertahan, jadi saya sendiri telah memberitahu dia kalau betul mahu berundur selepas Kejohanan Dunia kita akan menghormatinya dan jika mahu terus beraksi merebut pingat di Sukan Olimpik 2020, kita akan sentiasa memberikannya sokongan.
âJadi kalau Chong Wei rasa Kejohanan Dunia itu yang terakhir, maka kita tidak boleh menghalangnya, kita kena terus pandang ke depan. Walaupun saya akui perseorangan lelaki kita dalam keadaan âICUâ (tenat), menyuruhnya jangan bersara bukan jalan untuk selesaikan masalah.
âSama ada dia bersara atau tidak, pembangunan bakat tetap perlu diteruskan,â kata Khairy kepada pemberita pada sidang media Program Kesedaran Antidoping di Wisma MOM, pada Sabtu.
Program itu dianjurkan Majlis Olimpik Malaysia sebagai memberikan penerangan kepada atlet-atlet agar kesedaran mengenai doping dapat ditingkatkan, selain membantu mereka memahami hak, undang-undang, peraturan serta perihal berkaitan bahan terlarang di dalam memastikan misi sifar kes doping di Sukan SEA dan Para ASEAN Kuala Lumpur 2017.