Fenomena yang dicetuskan oleh Khairul Idham Pawi mencetus impak kepada siri kejuaraan tempatan.
Menjelang perlumbaan pusingan kedua Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Pulau Pinang pada 16 dan 17 April ini, kerajaan negeri Pulau Pinang bertindak menyediakan bantuan khas untuk membantu pelumba persendirian yang berasal dari Pulau Pinang.
Bantuan berbentuk wang tunai berjumlah RM5000 dihulurkan kepada promoter Kejuaraan Cub Prix Malaysia, Safe Aim Mutual Sdn Bhd dan akan diagihkan kepada pelumba-pelumba persendirian kelahiran negeri tersebut.
“Pada awal tahun ini, isu berkaitan ‘Mat Rempit’ dibincangkan secara meluas di dalam negara. Ketika jalan penyelesaian sentiasa diperbincangkan, pelumba berusia 17 tahun, Khairul Idham Pawi mengejutkan negara dengan kejayaannya dimana dia membuktikan sesuatu kejayaan boleh dicapai jika bakat yang ada disalurkan melalui platform yang betul disamping turut menimbulkan kesedaran untuk berlumba dengan selamat,” jelas Timbalan Ketua Menteri 1, YB Dato’ Haji Mohd Rashid Hasnon.
“Bagaimanapun kita sedar yang sukan permotoran ini mahal. Oleh itu kami memutuskan untuk membantu dengan menyediakan dana kecil kepada pelumba persendirian dari negeri ini di Batu Kawan nanti. Kami harap dana ini dapat sedikit membantu dari segi kewangan kepada pelumba persendirian yang begitu berminat dengan dunia perlumbaan namun tidak mendapat sokongan pasukan ataupun penaja. Setidak-tidaknya ia mengurangkan perbelanjaan mereka untuk urusan pendaftaran ataupun pengangkutan.”
‘Dana Pelumba Persendirian Pulau Pinang’ ini akan dibahagi sama rata dikalangan pelumba persendirian kelahiran Pulau Pinang yang akan beraksi di Pusingan 2 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS dan terhad untuk pusingan kedua sahaja.
Kerajaan negeri Pulau Pinang merupakan pihak pertama yang menyediakan insentif kepada pelumba seperti ini dan penganjur Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS sentiasa mengalu-alukan inisiatif seperti ini. Diharapkah kejayaan Khairul Idham Pawi akan membawa lebih banyak manfaat kepada pelumba-pelumba di peringkat akar umbi.
Pusingan 2 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS akan berlangsung di Stadium batu Kawan pada 16 dan 17 April. Masuk adalah percuma kepada semua pengunjung.
Penang sets up fund for privateer riders
The phenomenon created by Khairul Idham Pawi continues to cast ripple effects over the local motorcycle racing scene. In the run-up to Round 2 of the PETRONAS AAM Malaysian Cub Prix Championship scheduled for Batu Kawan, Pulau Pinang on April 16 – 17, 2016, the Pulau Pinang state government has elected to contribute a token sum in aid of all Penang-born privateer riders.
The sum, amounting to a total of RM5,000, will be administered by Malaysian Cub Prix race promoters, Safe Aim Mutual Sdn Bhd.
“In the beginning of the year, the issue of the Mat Rempit was widely discussed as part of the national discourse. And just when the topic seemed to have run its course, 17-year-old Khairul Idham Pawi woke the nation up from its sporting stupor by demonstrating what could be achieved if our talents are channeled through the right platform and also to create awareness on safe competitive riding,” said Pulau Pinang Deputy Chief Minister 1, YB Dato’ Haji Mohd Rashid bin Hasnon.
“However, we realise that motorsports is expensive. Therefore, we have decided to establish a small temporary fund in aid of privateer riders for the upcoming Malaysian Cub Prix round in Batu Kawan. It is our hope that this fund will lend ease some of the financial burdens faced by privateer riders who are driven by their passions but not supported by the professional teams and sponsors. At the very least we could help them with their registration fees or transportation expenses.”
Under the conditions of the Penang Privateer Fund, the collected sum will be divided equally amongst all Penang-born privateer riders taking part in Round 2 of the 2016 PETRONAS AAM Malaysian Cub Prix Championship. This fund, is limited to the second round of the 10-leg national championship only.
The Pulau Pinang state government is the first to publicly demonstrate their support towards legitimate racing. The PETRONAS AAM Malaysian Cub Prix Championship welcome this initiative. It is hoped that Khairul Idham Pawi’s success will bring more benefits to more riders at the grassroots level.
Round 2 of the PETRONAS AAM Malaysian Cub Prix Championship is free for all spectators.