Pulau Pinang memperuntukkan RM3 juta untuk persiapan atlet menghadapi Sukan Malaysia 2024 (SUKMA) yang akan berlangsung di Sarawak tahun depan.
Daniel Gooi, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Kesihatan Negeri Pulau Pinang, berkata sasarannya adalah untuk memenangi 40 pingat emas pada kejohanan dwitahunan itu.
“Bagi merealisasikannya, Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang telah menggariskan strategi untuk mencapai prestasi tinggi dalam sukan. Jumlah itu juga akan menampung kos bekalan peralatan dan pelbagai kos lain termasuk penerbangan, penginapan urusetia, sewa kenderaan dan pakaian kontinjen negeri,” katanya.