Oleh Ku Mohd Lufti
Lebih kurang tiga bulan cerita melibatkan pemain tengah pasukan Pulau Pinang, Mohd Faiz Subri berlegar legar di media massa sehinggalah detik awal pagi 10 Januari 2017.
Durasi masa hampir lima minit kira kira jam 2.30 pagi Isnin jelas menjadi debaran khususnya buat peminat sukan tanah air yang setika menanti walaupun terpaksa bersengkang mata.
Sebaik lagenda bolasepak Brazil, Ronaldo melangkah masuk seterusnya mengumumkan nama Mohd Faiz Mansor, pastinya laungan tahniah, sorakan dan tepuk tangan yang kedengaran.
Pemain tempatan berjaya menempa nama di persada dunia, malah menjadi pemain Asia pertama berdiri sama tinggi dengan Cristiano Ronaldo, Neymar, Zlatan Ibrahimovic dan James Rodriguez.
Paling ‘berterima kasih’ adalah Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang melabelkan kejayaan Faiz penanda aras baru dalam arena bolasepak negara.
Tatkala semua sudah tertumpu kepada Faiz, dan lain lain pemenang yang diumumkan ulasan daripada FAM menghidupkan api kemarahan sesetengah pihak.
Apa pula penanda aras FAM? Bila nak jadi professional?
Isu isu lama masih belum berkesudahan, tiada perubahan kerana perlu menanti Mac untuk penstrukturan semula FAM sedangkan tugas dua individu, Datuk Ong Kim Swee dan Frank Bernhardt semakin berat tanpa perancangan khusus.
Datuk Ong Kim Swee perlu memastikan Harimau Malaysia layak ke Piala Asia 2019 selain berada di ranking 140 dunia.
Manakala Bernhardt yang masih menanti jawapan untuk menggabung kesemua pemain dan menjalani latihan pusat masih lagi tiada jawapan sedangkan di Sukan SEA, beliau disasarkan untuk meraih pingat emas.
Cerita yang sama dikongsikan Tan Sri Annuar Musa, kali ini terma, ‘panadol’ menjadi pilihannya diatas kejayaan Faiz.
“Saya fikir (kejayaan) itu telah mengharumkan sedikit nama negara dan menjadi satu Panadol kepada prestasi bola sepak negara yang berada pada ranking yang terlalu jauh.” Kata Annuar.
Samada terlupa atau tidak tahu, prestasi bolasepak negara bergantung kepada pengurusan iaitu FAM yang sebelum ini mengendalikan liga Malaysia sebelum diserahkan kepada FMLLP.
Malah, persatuan bolasepak samada negeri atau kelab bergerak secara professional iaitu tanpa menggunakan dana atau bantuan daripada kerajaan dan ia sudah lama dilakukan oleh kuasa kuasa besar bolasepak seperti Thailand, Vietnam dan Indonesia.
Kenyataan Annuar tentang panadol kepada prestasi bolasepak negara dan ranking yang terlalu jauh, tampak tidak berasas langsung kerana kedudukan semasa ranking negara yang dikeluarkan FIFA setiap bulan bukan kepada pencapaian pemain tetapi kutipan mata hasil perlawanan antarabangsa termasuklah aksi persahabatan bertaraf ‘A’ yang diiktiraf oleh FIFA.
Hakikatnya, kejayaan Faiz adalah pengorbanan dirinya dan pujian atau penghargaan hanya untuk barisan pengurusan, kejurulatihan dan rakan rakan seperjuangan di Pulau Pinang sahaja.
Tahniah Faiz, semoga menjadi batu loncatan untuk lebih cemerlang dan menjaringkan lebih banyak gol di musim 2017.